Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini...AFWAN MINKUM..

Monday, March 2, 2009

TaLEbaN MuLa MenGgaNas??




ISLAMABAD: Bandar raya Karachi boleh ditawan pejuang Taliban pada bila-bila masa ketika rangkaian pergerakan itu menular dengan pantas di Pakistan dan dilaporkan berkemungkinan bersiap sedia menyerang Karachi yang menjadi pusat industri perkapalan dan kewangan negara itu, menurut laporan yang disediakan oleh Cawangan Khas Jabatan Siasatan Jenayah. Kumpulan pejuang itu, yang sudah pun melancarkan serangan di Islamabad dan Rawalpindi, sudah pun mendirikan kubu di Karachi, menurut laporan.

Ia menyebut, pejuang Taliban mempunyai 'banyak bekalan' senjata dan peluru dan boleh melancarkan serangan, kemungkinan dalam bentuk sama seperti di Mumbai pada 26 November lalu. Polis berkata, Taliban secara bersistematik menyusup masuk ke Karachi dan mendirikan rangkaian di kawasan berbukit di pinggir bandar raya itu, kawasan setinggan dan motel kecil.

Karachi sering berdepan keganasan berunsurkan mazhab dan penduduknya sudah terlalu biasa dengan keganasan dan kematian, tetapi Taliban memberikan ancaman baru dan bahaya besar kepada ibu kota komersial Pakistan itu. Laporan menyebut, agenda pergerakan itu ialah mengambil alih Pakistan dan kini tidak mustahil dikatakan tiada satu pun bahagian di negara itu yang bebas daripada pergerakan berkenaan.

Pengaruh Taliban yang semakin meluas akan menjadi cabaran bukan saja kepada Presiden Asif Ali Zardari, tetapi juga tentera. - Agensi

sumber www.bharian.com.my

IsLamPhoBia AgEnda TeRancAng BaRat

Di dalam sebuah mesyuarat diantara menteri-menteri luar negeri dari negara-negara Islam dan barat baru-baru ini, Manouchehr Mottaki selaku Menteri Luar Iran mengatakan dengan lantang di dalam mesyuarat tersebut bahawa “Islamphobia adalah rancangan jahat barat, dan ini merupakan cabaran baru bagi semua kerana rancangan ini mengganggu keamanan antarabangsa dan keharmonian negara”.

Barat kini menggunakan alternatif media antarabangsa bagi menyebar luaskan agenda mereka yang jahat kepada masyarakat dunia. Mereka mahu Islam itu sinonim dengan keganasan dan Islam merbahaya kepada keamanan dunia.

Demi membenarkan dan menyakinkan dakwaan mereka di dalam media antarabangsa kepada masyarakat dunia bahawa Islam merupakan agama keganasan, mereka telah menunjulkan kelompok Wahabi yang mereka reka sendiri dengan mengatas namakan Islam itu sendiri. Ayatoallah Naseer Makarem Shirazi mengatakan bahawa “hari ini Islam dilayan sebegini adalah dikeranakan oleh kewujudan dan tindakan kelompok Wahabi”.

Wahabi telah menconteng arang di atas nama Islam, dan mereka telah megakibatkan masyarakat dunia berasa takut bergaul bersama-sama dengan masyarakat Islam. Melalui tindakan-tindakan mereka seperti pengeboman berani mati di Iraq, Afghanistan, Pakistan dan diserata dunia bukan sahaja menyebakan reputasi Islam musnah tetapi telah mengakibat korban nyawa mereka yang tidak berdosa. Sebagai contoh, seperti pengeboman berani mati yang dipertanggugjawabkan oleh Kumpulan Jemaah Islamiah Indonesia (JI) di bandar Bali pada yang telah mengakibatkan ribuan nyawa manusia terkorban begitu sahaja, dengan serpihan-serpihan daging berhamburan, anak-anak kecil serta para wanita juga telah dibunuh dengan kejam.

Jika kita telusuri sepanjang sejarah Islam hingga ke hari ini, hakikatnya yang kita dapati bahawa kelopok ekstrim wahabi merupakan dalang atas segala tekanan dan persepsi negatif masyarakat dunia pada hari ini terhadap Islam. Lihat sahaja tindakan yang mereka lakukan di Iraq, yang mana kelompok Wahabi yang dikenali dengan nama Kumpulan Al-Qaedah telah memenggal leher manusia yang tidak berdosa secara hidup-hidup, seperti yang dilakukan keatas Eugene Armstrong, Jack Hensley dan lain-lainnya. Mereka mengatakan itu adalah jihad, sedangkan Rasulallah mengatakan bahawa “Jangan berperang selagi pihak musuh tidak memulakan, jangan membunuh para anak kecil, para wanita, lelaki yang telah uzur.....”.
Apakah ini amar makruh nahi munkar yang dianjurkan Islam?. Ayatoallah Naseer Makarem Shirazi menambah bahawa “Wahabi tidak pernah melakukan gerakan menentang Amerika Syarikat dan Israel yang merupakan musuh utama Islam malah telah mengheret Islam dan Rasulallah S.A.W ke jalan yang hina”.

Melalui kewujudan kelompok ekstrim Wahabi ini, Islamphobia yang dirancang oleh barat telah bertambah subur di dalam diri masyarakat serata dunia. Kita lihat sahaja seperti negara Singapura, dimana jika seseorang yang berjambang dan berjanggut serta wajah seakan-akan masyarakat timur tengah, pasti akan ditahan kerana dikhuatiri adalah pengganas dan membawa masuk senjata merbahaya. Begitu juga yang berlaku di Amerika Syarikat dan sesetengah negara Eropah, dimana sebahagian rakyatnya membenci dan takut akan umat Islam, sehinggakan umat Islam dinegara mereka tidak dapat hidup dengan aman dikeranakan oleh gangguan dan ancaman masyarakat setempat.

Penyatuan diantara umat Islam itu amat penting, serta umat Islam harus kembali beramal dengan berpandukan Al-Quran dan hadis yang shahih melalui para Ahlul bait demi menghalang serangan-serangan musuh baik dari segi fizikal mahupun aqidah.

Umat Islam juga harus mengamalkan sifat berbaik-baik dengan golongan bukan Islam seperti yang di anjurkan Islam bagi mengembalikan persepsi positif masyarakat dunia terhadap Islam. Seharusnya umat Islam menjadikan perpaduan yang dilakukan oleh Ulama Sunni dan Syiah di Syiria sebagai model wahdah Islam dan penyatuan antara mazhab.

NiKmaT TeRaguNg iLLaHi

Apakah masih ada ruang bagi kebenaran bernafas kembali
Apakah masih ada waktu untuk keadilan ditegakkan
Atau semunya sudah terpenuh dgn kezaliman
Yang telah mengheret ribuan insan ke pintu jahanam
Atau semuanya telah diwarnai dengan warna kebatilan
Yang telah menutupi mata hati setiap insan

Di saat itu setiap pendamba kebenaran telah lelah dimakan usia
Ketika itu mereka yang dizalimi tiada daya melawan Sang penguasa zalim
Tetapi jauh di dalam lubuk hati mereka bersinar sebuah pengharapan
Pengharapan yang menggunung tinggi kehadrat illahi
Mengharapkan sebuah cahaya menyinari setiap sudut kegelapan
Mengharapkan satu susuk sempurna penegak keadilan
Mengharapkan kesempatan memimpin insan menuju pintu nikmat kautsar

Maha bijaksana tuhan yang telah merencana segala sesuatu
Di saat umat di ambang neraka
Dari keluarga mulia Abdul Mutallib lahirlah
Manusia mulia dan sempurna
Yang bernama terpuji Muhammad

Kewujudannya memenuhi segala pengharapan
Kewujudannya membuka lembaran baru tamadun insaniah

Retak dinding gah istana Farsi
Terpadam ribuan tahun nyalaan api sembahan majusi
Semua itu sebagai tanda awal keagungannya
Kelahiran manusia yang tidak terjangkal akal kesempurnaannya

Membawa bersama ditangan sucinya risalah ketauhidan illahi
Disampingnya turun wahyu suci kitab indah illahi

Semua kembali segar bernafas selesa di dalam udara kebenaran
Bendera-bendara keadilan berdiri megah di atas bukit-bukit kezaliman
Senyuman gembira kembali terukir di bibir-bibir para wanita tertindas
Gelak tawa para anak yatim kembali kedengaran meriuhkan suasana
Wajah ceria mula kelihatan kembali di wajah-wajah para fakir
Kerana beliau, Muhammad S.A.W telah membawa rahmat ke seluruh jagad raya

Beliaulah insan pencetus revolusi akhlak manusia
Dari dunia yang penuh kegelapan ke arah cahaya sinaran tauhid
Beliaulah yang telah meletakkan kembali cadur kehormatan wanita
Beliaulah yang telah membuka panggung suka ria anak-anak yatim

Wahai Habibullah Wahai Nabiuallah
Wahai Muhammad Al-Mustaffa
Apakah bisa ada kata-kata yang tepat untuk ku tuliskan akan kemulianmu?
Apakah ada tulisan yang tepat untuk ku lakarkan akan keagunganmu?

Tidak ya Rasullah Tidak…

Melainkan serangkap laungan
Yang telah tuhanmu katakan di dalam Al-Hadi

Tidak ku meminta upah darimu atas apa yang telah ku sampaikan melainkan kecintaan terhadap keluarga ku
sesungguhnya Allah dan seluruh para malaikat berselawat atasmu

Maka demi bulan agung..demi hari mulia ini
titipkan lah serangkap selawat keatas Rasul Junjungan Muhammad S.A.W….
!!SALAWAT!!
ALLAH HUMMA SALLI ALA MUHAMMAD WA ALI MUHAMMAD