Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini...AFWAN MINKUM..

Saturday, July 31, 2010

PeNanTian iMAm ZamAN dR peRsePSi AyaTUllAh mAkaRIm ShERazi


Ayatullah Makarim Sherazi di dalam pidatonya di depan rakyat umum di perkarangan Razavi dekat Haram Imam Redha, Masyhad menyentuh pembahasan penantian Imam Zaman sempena dengan Hari Nisfu Sya'ban (hari kelahiran putra Al-Imam Hassan Askari) kemarin.

Beliau mengatakan, "Tidak dapat dikatakan seseorang itu sedang menunggu Al-Imam Zaman ajf jika hidupnya, pasangannya, rumahnya, pasarnya (masyarakat) masih lagi dalam keadaan kucar-kacir dan harbata (berantakan)".

Menurut beliau, adalah dusta sebuah penantian tanpa persiapan, seperti mana ketika rumah kita dalam keadaan ingin menerima tetamu, apakah kita akan membiarkan rumah kita dalam keadaan kotor tanpa mempersiapkan apa-apa pon keperluan dalam menyambut tetamu. Dan apatah lagi dalam penantian seorang tetamu yang paling mulia dan penting. Sepatutunya persiapan harus lebih luarbiasa dalam menanti ketibaannya.

Beliau menambah bahawa wujud konspirasi-konspirasi terancang dan penapulasian berniat jahat dalam pemabahasan Mahdawiyat (Penantian Sang Juru Selamat). Beliau turut menengaskan bahawa "tidak sedikit personel-personel yang demi kepentingan material dan naudzubillah kepuasan nafsu, memutarbelitkan pembahasan dan memanfaatkan persoalan mahdawiyah, dengan merosakkan kepercayaan-kepercayaan bersih masyarakat terhadap Al-Imam Zaman ajf dengan melakukan penipuan-penipuan. Diantara mereka berani membuat pengakuan bertemu dengan Imam Zaman, bermimpi dengan Imam Zaman dan mendapat ilham dan perintah secara direct (langsung) dari Imam Zaman, dan ada yang sampai ke tahap mengaku dirinya adalah Imam Zaman. Beliau juga turut mengingatkan bahawa terdapat perancangan jahat musuh-musuh Islam di dalam hal ini.

Ayatullah Al-Udzma Makarim Sherazi, di penghujung ceramahnya turut menganjurkan wahdah islamiah (persatuan antara muslimin) dan pentingkan persatuan dan kebersamaan dalam tubuh umat Islam. Jika musuh-musuh Islam berjaya menzahirkan persatuan di depan kita, apatah lagi kita sebagai umat Islam harus menjadikan iman sebagai titik persatuan yang kukuh.

Di akhir kalamnya, "Akal dan analisa kita mengatakan, hari ini bukan hari perpecahan, kerana perpecahan adalah racun yang mematikan dan kita mengharap agar Allah sentiasa menyatukan hati-hati kita".


www.abna.ir

Wednesday, July 28, 2010

JuDi oH jUDi (part 2)

Di dalam wacana kali ini, saya ingin membawa anda semua ke sebuah pembahasan yang lebih luas. Kita keluar dari kotak masalah judi sukan atau keruntuhan akhlak remaja, anak haram, masalah perompakan, dadah, pembunuhan dll yang melanda masyarakat 1Malaysia kita (pinjam istilah PM Najib heheh). Kita pergi jauh ke dalam dasar lautan masalah(bukan g cari ikan ye), untuk mencari pokok masalah dari semuanya. Kita cuba mengenali punca asli atas timbulnya semua masalah yang telah meletakkan kita dalam ketakutan.
Perhatian, fokus anda diperlukan pada kali ini, tumpukan semua perhatian anda. Ini bukan masalah sepeleh (kecil), tapi ini masalah serius. Ini bukan masalah membina stadium bola sepak baru, atau menyusun kod etika penulis blog (maaf Tun M.), tapi ini berkaitan dengan masalah membina sebuah masyarakat harmoni, masalah menyusun kod etika masyarakat ideal.
Jika anda seorang yang prihatin dengan perkembangan dalaman negara dan seorang yang mengikuti perkembangan tempatan di Berita Harian, Metro, Utusan, Berita Utama atau radio-radio, anda pasti merasai satu perubahan drastik dalam isi kandungan berita tempatan kita dewasa ini. Sedar atau tidak???.
Suara jeritan ibu-ibu yang kegelisahan melihatkan masa depan anak-anak mereka yang tidak jelas, teriakan ayah-ayah yang kebingungan dalam memastikan keselamatan anak-anak perempuan mereka dari kerakusan masyarakat binatang, wajah-wajah ketakutan orang tua yang melihat ancaman keselamatan untuk hidup bahagia disamping keluarga tercinta. Ini semua adalah impak dari kebejatan masyarakat kita hari ini yang jelas dapat kita lihat.
Judi sukan, merupakan satu dari ribuan masalah yang ada di Malaysia sekarang ini, seperti korupsi, anak haram, zina, rogol, perompakan, vandalisme, bunuh dll. Apakah kita tidak perhatikan, ketika kita cuba untuk menyelesaikan satu kes, satu lagi kes baru muncul. Sebagai contoh, kes judi sukan yang baru-baru ini sempat menggegarkan Malaysia, kes ini belum dapat diselesaikan dan masih lagi di peringkat mesyuarat pemutusan kata apakah diligelkan atau diharamkan, satu lagi kes baru timbul, iaitu masalah akhlak remaja kita, nanti kes akhlak belum berjaya di selesaikan, pasti akan ada satu kes baru lagi yang timbul (entah apa ye, mungkin kes home made video artis tempatan main kot...hehehe), dan ini pasti akan berterusan dan terus dan terus dan terus.
Sebenarnya, apakah punca yang menyebabkan semua ini terjadi?, apa disebalik kes-kes ini?, siapa yang bermain di belakang tabir? (cuba lah fikir n cari jawaban nya kejap)
Jawapannya adalah satu dan simple, kes keruntuhan akhlak remaja sekolah, kes judi, kes disko, pelacuran, pembunuhan dll, ini semua adalah kesan daripada kegagalan sistem pengaturan masyarakat yang digunapakai sekarang. Dan ini sebenarnya yang, PM Najib, para petinggi kerajaan, ahli politik, ahli fikir (bukan group musik dari Singapore 2 eh), pakar sosial, ahli pengatur masyarakat, professor-professor, guru-guru, golongan elit, sastrawan, bangsawan, mahasiswa-mahasiswa, ahli sukan, petani, buruh-buruh, bapak-bapak, ibu-ibu, anak-anak (yang dah baliqh lah yg pasti) dan semua rakyat 1Malaysia harus perhatikan dan bahaskan.
Apakah kita tidak sedar bahawa sistem pengaturan masyarakat sekarang, tidak kira sistem demokrasi ke, libralisme ke atau apa saja yang diaplikasikan sekarang ini telah gagal dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan ideal??. Apakah kita tidak sedar, bahawa ini semua berpunca dari kegagalan sistem pengaturan masyarakat??
Kita sibuk 24jam membahas kes-kes ini semua tapi kita lupa mencari pokok atau inti masalahnya. Kita ini umpama General Pak Pandir di dalam cerita bahlulnya.
General Pak Pandir mempunyai misi menyelamatkan negaranya dari dibom oleh tentera negara Mak Andir, yang mana tentera musuh menghantar jet-jet pejuang gempur dan melepaskan bom ke negara Pak Pandir. General Pak Pandir sibuk memikir bagaimana caranya untuk menghalang bom-bom itu jatuh ke daerahnya. General Pak Pandir telah membuat pelbagai kajian dan menggunakan bervariasi cara, tapi belum sempat, menghalang satu bom, bom yang lain datang dan memusnahkan daerahnya dan menghancurkan rakyatnya, dan begitu seterusnya, sehingga akhirnya negara tercintanya musnah dan hancur sehabis-habisnya. Setelah itu baru dia terfikir bahawa yang sepatutnya dia lakukan bukanlah bagaimana menghalang butiran bom itu jatuh dari kawasannya, tapi adalah bagaimana cara menghalang daripada jet-jet itu masuk ke dalam daerahnya dan melepaskan butiran-butiran bom itu. Tapi nasi sudah menjadi bubur, semuanya sudah terlambat, General Pak pandir menangis tidak berlagu kerana beliau sibuk dengan bom-bom itu sehingga lupa dengan masalah inti, yaitu jet-jet pejuang tempur.
Apakah kita mahu menerima nasib yang sama dengan General Pak Pandir?? Jangan buang waktu kita dengan membahas kes-kes ini, jangan bazirkan tenaga dan kepakaran kita dalam mencari solusi akan masalah-masalah ini, tapi tumpukan semua kemahiran kita, akal kita dan fokuskan seluruh kemampuan kita untuk merubah sebuah pemikiran dan sistem pengaturan masyarakat yang baru.
Kes judi sukan adalah kesan dari kegagalan sistem masyarakat dunia yang dipelopori barat. Sistem yang harus kita fikirkan, bukan kes judi sukan. Kita harus memikirkan sebuah sistem baru yang dapat membangun sebuah masyarakat yang lebih harmonis. Kita harus melihat semua sistem yang ada, mengkaji dan belajar dari kelemahan yang ada dan perbaiki, lantas menyusun sebuah sistem baru.
Dari mana harus diambil??, itu harus kita fikirkan bersama, apakah dari Islam, dari barat atau dari mana.
Insyallah dipembahasan yang mendatang, kita akan kupaskan bersama.
Wasalam
Farazdaq Fargas

Thursday, July 1, 2010

JuDi oH juDi (part 1)

Baru-baru ini Malaysia sempat digegarkan dengan kes meligalkan lesen judi sukan yang dikeluarkan kerajaan BN (menteri kewangan Najib) kepada Syarikat Berjaya Corp Bhd, yang merupakan syarikat tunggal dalam mengaut mega untung dalam bisnes judi sukan yang dianggarkan sebanyakkan 20bilion setahun.


Tindakan kerajaan ini telah membangkitkan kemarahan kaum muslimin khususnya yang mana majoriti menentang akan pengeluaran lesen judi sukan ini dan mereka meminta kerajaan menarik balik lesen yang telah diberikan kepada Kumpulan Berjaya. Pihak Pembangkang telah menjadi penyambung lidah rakyat dalam menyuarakan kemarahan mereka dengan mengadakan demostrasi berterusan. Boleh dikatakan, PAS yang paling aktif dalam menyatakan penentangan dengan beratas namakan Undang-undang Islam dan tidak ketinggalan DAP (parti bukan islam tapi sok tahu Islam) dan PKR (parti kontroversi rakyat) yang turut menghentam kerajaan dengan mengatakan "ISLAM TELAH DIHINA" .

Di dalam UMNO sendiri juga berlaku perpecahan dalam berpandangan, yang mana sebahagian besar mereka kontra dengan kebijakan ini dan sebahagian lain pro dan menyokong tindakan Najib dengan alasan-alasan tertentu.



Apa sebenarnya yang berlaku?, kenapa Malaysia jadi huru-hara?, penangan judi ini telah berjaya buat rakyat di dalam dilema dan fobia. Hebat betul kes judi sukan ini, lebih hebat dari Tsunami yang melanda pada 2004. Pukulannya membuat Malaysia agak berantakan. Di kedai kopi Cik JanBergaya, warung Mat HanCakJe, di kerusi-kerusi kuning restoran mamak, di pinggir-pingir jalan perumahan dan di atas ranjang, semua orang mula berbahas, topik pembicaraan menjadi satu, persatuan perbahasan terbentuk atas nama "JUDI OH JUDI".



Disini, aku bukanlah mahu menyokong mana-mana pihak atau menentang pihak pembangkang atau kerajaan, kerana ketika melihat isu ini, ia bersifat subjektif dan bukan objektif yang boleh kita buat hitam dan putih. Isu gempak judi sukan ini, harus di pandang dari banyak sisi, bukan hanya dari sisi ekonomi dan sosial semata-mata tapi ia harus diraba dari sisi yang lebih luas dari itu. Untuk sampai ke conclusion yang positif, isu ini harus dibahas dengan saksama dan keluar dari kepentingan politik.

Judi sukan ini atau istilah lainnya betting adalah sejenis pertaruhan yang asas utamanya adalah wang demi meraih untung apabila ramalan atau prediksi akan sesuatu pertandingan atau match itu bertukar menjadi realiti. Mereka yang ramalannya tepat akan mendapat untung dari wang dipertaruhkan oleh mereka yang ramalannya salah. Sebagai contoh, di dalam jadual perlawanan Football World Cup 2010, pada jam 3.15malam Brasil vs Mexico, Chiew Meng memprediksi Brasil akan menang manakala Mutu Samy dan Abu La'ab pula memprediksi Mexico akan menang menentang Brasil, yang mana setiap orang menaruhkan wang sejumlah RM50 sebagai taruhan. Ternyata, selepas perlawanan 90minit, Brasil menang dengan jaringan gol 2-0. Maka ramalannya si Chiew Meng tepat dan beliau meraih untung sebanyak RM100, tetapi si Mutu Samy menangis tak berlagu dan pulang dengan botol todi ke rumah sambil mabuk-mabuk dan si Abu La'ab pula, pulang kerumah sambil merokok dengan keadaan menyalahkan tuhan kerana tidak menolong dia sedangkan dia sudah solat hajat agar Mexico menang. Manakala si Chiew Meng pergi bermain pelacur untuk meraikan kemenangannya.



Secara pribadi, dengan berdasarkan akal yang waras dan free dari pandangan mana-mana agama, aku melihat bahawa mereka yang mengamalkan judi, adalah orang-orang yang berakal pendek dan mahu mengaut untung dengan cepat dan malas berkerja, dan aku menentang akan amalan ini, kerana ia merosakkan kedamaian dan kesejahteraan institusi sosial dan pembangunan ekonomi di dalam sesebuah negara.


Ketika kita melihat, judi ini juga simbolik dengan jenayah-jenayah lain, seperti Along, kongsi gelap, pemerasan, pembunuhan, arak, dan pelacuran, dan semua ini dapat kita temui di sebuah tempat bernama "Betting Place". Ini merupakan virus dan saling terkait. Ketika kita berjudi maka kita juga akan terlibat dalam pelacuran, ketika kita membenarkan judi maka kita meligelkan Along dan seterusnya. Maka ini harus dicegah dan dirawat.


Di dalam pandangan sebuah agama yang sempurna bernama Islam, judi termasuk hal-hal yang haram untuk di lakukan oleh penganutnya kerana pengaruh negatifnya lebih dominan.



"Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah, pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun keburukan lebih besar dari manfaatnya." (surah Al-Baqarah ayat 219)


"Wahai orang-orang beriman! Bahawa sesunguhya arak, judi, pemujaan berhala dan pengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya suapay kamu berjaya." (surah A;-Maidah ayat 90)


Maka dengan berlandaskan konsep "amal makruh wa nahi munkar", Islam tidak menggalakan amalan ini untuk dibudayakan oleh penganutnya dan mencegah amalan ini dari berluluasa di dalam masyarakat


Judi sukan secara umum, belum menjadi sebuah budaya masyarakat Malaysia seperti di barat, tetapi dewasa ini, judi sukan semakin rancak dengan kedatangan World Cup 2010, ramai individu-individu, geng kongsi gelap, geng kongsi terang, geng betul-betul gelap dan pihak-pihak tertentu mula mengambil kesempatan dengan menjadi "Bet Collecter" dan membuat bisnes illegal dengannya. Mereka beroperasi underground melalui internet, handphone atau secara langsung "face to face".


Aku melihat pelbagai komen dari pihak yang kontra, antaranya komen Dr.Maza, Dato' Nik Aiz, Haji Adi Awang, pembesar-pembesar PKR dan DAP serta Putera dan Puteri UMNO. Secara kesulurahan mereka menentang keras akan pengeluaran lesen judi ini dan memberi alasan-alasan yang logik dan betul. Rata-rata mereka mengatakan judi dapat mengangu pembangunan negara dan meruntuhkan kesejahteraan rakyat dan merusakkan ketenteraman rumah tangga dan diharamkan oleh Islam (klik sini). DAP jugak menentang, tetapi lebih bersifat mempolitikan isu dan ketidakpuasannya dalam kebijakkan kerajaan BN (ambil kesempatan untuk mendapat tempat dalam masyarakat).


PAS mengatakan kerajaan seharusnya menyekat segala bentuk amalan judi dan mengharamkannya dan melakukan amal ma'ruh wa nahi mungkar (AMWM). Nah di dalam penyataan ini, kita harus memahami konsep amar makruh wa nahi munkar dan melihat situasi dan kondisi di negara Malaysia.

Selalunya orang salah dalam berpandangan, bahawa kita harus AMWM tanpa memahami konsep AMWM yang sebenarnya. Secara asas AMWM terdapat beberapa syarat muqaddimah yang harus dilihat sebelum menjalankannya, seperti Mempunyai Ilmu kan AMWM dan mengetahui bahawa amalan itu haram di sisi Islam, tidak memudaratkan si penegur, mewujudkan kesan dan kesedaran ketika ditegur dll.

AMWM tidak semestinya harus menjatuhkan hukum secara vertical atas si pelaku, mungkin saja boleh jadi, menghalalkan sesuatu sebagai muqaddimah dalam mengawal sesuatu amalan buruk untuk mencapai ke arah pembanterasan secara total. (Perlu ditegaskan disini, bahawa kerajaan kita mengamalkan sistem demokrasi berpelimen bukannya sistem Islam, maka konsep amar makruf wa nahi munkar tidak wajib dijalankan di dalam undang-undang negara tetapi lebih bersifat individual bukan tanggungjawab pemerintah untuk menjalankannya).

Islam merupakan sebuah agama yang flexible dan bukan agama yang keras dan kaku, di dalam setiap ajaranya terdapat syarat perlaksaan sebagai muqaddimah sebelum melakukan sebarang amalan yang mana, ketika syarat-syarat muqaddimahnya tidak terpenuhi, maka amalan tidak wajib dilakukan, sebagai contoh solat, solat itu wajib dikerjakan tetapi jika syarat muqaddimah tidak berlaku iaitu "masuk waktu solat" maka solat itu sendiri tidak wajib dikerjakan. Begitu juga dengan hal penegakkan amal makruh wa nahi mungkar yang mana ketika syaratnya tidak lengkap, maka ia tidak wajib dijalankan. Islam memandang banyak sisi, bukan hanya melihat dari satu sisi seperti dapat kita lihat dalam landasan pemikiran barat liberaslisme, materialisme, demokrasi dll.

Nah, dalam kontek judi sukan ini, melihat akan berluluasanya amalan ini yang beroperasi secara underground, merasa perlu untuk meligalkannya agar pengawasan dapat dilakukan dan pengawalan agar tidak membudaya amalan ini dapat dijalankan. Supaya di masa mendatang kerajaan akan dapat membenteras secara total dan ini memerlukan muqaddimah dan perlu berperingkat.

Jika kerajaan tidak melegalkan judi sukan ini, ia akan terus beroperasi secara illigal dan ini lebih bebahaya dan yang lebih buruk kita tidak mengetahui kemana mengalirnya keuntungan yang dikaut dari bisnes ini, setidak-tidakknya dengan membenarkannya, data dapat di kumpul dan pengaliran wang dapat diawasi agar tidak jatuh ke tangan penjenayah dan geng-geng kongsi gelap. Pengawalan atas pihak yang mengendalikan judi sukan ini juga dapat diminimalkan supaya tidak banyak pihak yang menjalankan bisnes ini, dan jika ada pihak yang menjalankan juga secara illegal, tindakan undang-undang dapat diambil. Data yang melibatkan para pemain judi sukan juga dapat di rekod dan pengawasan atas pemain judi Islam dapat dicegah.

Aku melihat, tindakan kerajaan ini lebih rasional dan praktikal berbanding mengharamkannya secara undang-undang dan inisiatif ini yang paling sesuai buat kondisi sekarang. Tetapi kerajaan harus serius dalam menjalankan undang-undang ini dan harus mempunyai matlamat untuk membanteras budaya buruk ini dari merakyat, dan bukan menjadikan cukai dan wang sebagai tujuan utama dalam meligalkan judi sukan ini.

bersambung...

farazdaq fargas