Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini...AFWAN MINKUM..

Monday, March 2, 2009

IsLamPhoBia AgEnda TeRancAng BaRat

Di dalam sebuah mesyuarat diantara menteri-menteri luar negeri dari negara-negara Islam dan barat baru-baru ini, Manouchehr Mottaki selaku Menteri Luar Iran mengatakan dengan lantang di dalam mesyuarat tersebut bahawa “Islamphobia adalah rancangan jahat barat, dan ini merupakan cabaran baru bagi semua kerana rancangan ini mengganggu keamanan antarabangsa dan keharmonian negara”.

Barat kini menggunakan alternatif media antarabangsa bagi menyebar luaskan agenda mereka yang jahat kepada masyarakat dunia. Mereka mahu Islam itu sinonim dengan keganasan dan Islam merbahaya kepada keamanan dunia.

Demi membenarkan dan menyakinkan dakwaan mereka di dalam media antarabangsa kepada masyarakat dunia bahawa Islam merupakan agama keganasan, mereka telah menunjulkan kelompok Wahabi yang mereka reka sendiri dengan mengatas namakan Islam itu sendiri. Ayatoallah Naseer Makarem Shirazi mengatakan bahawa “hari ini Islam dilayan sebegini adalah dikeranakan oleh kewujudan dan tindakan kelompok Wahabi”.

Wahabi telah menconteng arang di atas nama Islam, dan mereka telah megakibatkan masyarakat dunia berasa takut bergaul bersama-sama dengan masyarakat Islam. Melalui tindakan-tindakan mereka seperti pengeboman berani mati di Iraq, Afghanistan, Pakistan dan diserata dunia bukan sahaja menyebakan reputasi Islam musnah tetapi telah mengakibat korban nyawa mereka yang tidak berdosa. Sebagai contoh, seperti pengeboman berani mati yang dipertanggugjawabkan oleh Kumpulan Jemaah Islamiah Indonesia (JI) di bandar Bali pada yang telah mengakibatkan ribuan nyawa manusia terkorban begitu sahaja, dengan serpihan-serpihan daging berhamburan, anak-anak kecil serta para wanita juga telah dibunuh dengan kejam.

Jika kita telusuri sepanjang sejarah Islam hingga ke hari ini, hakikatnya yang kita dapati bahawa kelopok ekstrim wahabi merupakan dalang atas segala tekanan dan persepsi negatif masyarakat dunia pada hari ini terhadap Islam. Lihat sahaja tindakan yang mereka lakukan di Iraq, yang mana kelompok Wahabi yang dikenali dengan nama Kumpulan Al-Qaedah telah memenggal leher manusia yang tidak berdosa secara hidup-hidup, seperti yang dilakukan keatas Eugene Armstrong, Jack Hensley dan lain-lainnya. Mereka mengatakan itu adalah jihad, sedangkan Rasulallah mengatakan bahawa “Jangan berperang selagi pihak musuh tidak memulakan, jangan membunuh para anak kecil, para wanita, lelaki yang telah uzur.....”.
Apakah ini amar makruh nahi munkar yang dianjurkan Islam?. Ayatoallah Naseer Makarem Shirazi menambah bahawa “Wahabi tidak pernah melakukan gerakan menentang Amerika Syarikat dan Israel yang merupakan musuh utama Islam malah telah mengheret Islam dan Rasulallah S.A.W ke jalan yang hina”.

Melalui kewujudan kelompok ekstrim Wahabi ini, Islamphobia yang dirancang oleh barat telah bertambah subur di dalam diri masyarakat serata dunia. Kita lihat sahaja seperti negara Singapura, dimana jika seseorang yang berjambang dan berjanggut serta wajah seakan-akan masyarakat timur tengah, pasti akan ditahan kerana dikhuatiri adalah pengganas dan membawa masuk senjata merbahaya. Begitu juga yang berlaku di Amerika Syarikat dan sesetengah negara Eropah, dimana sebahagian rakyatnya membenci dan takut akan umat Islam, sehinggakan umat Islam dinegara mereka tidak dapat hidup dengan aman dikeranakan oleh gangguan dan ancaman masyarakat setempat.

Penyatuan diantara umat Islam itu amat penting, serta umat Islam harus kembali beramal dengan berpandukan Al-Quran dan hadis yang shahih melalui para Ahlul bait demi menghalang serangan-serangan musuh baik dari segi fizikal mahupun aqidah.

Umat Islam juga harus mengamalkan sifat berbaik-baik dengan golongan bukan Islam seperti yang di anjurkan Islam bagi mengembalikan persepsi positif masyarakat dunia terhadap Islam. Seharusnya umat Islam menjadikan perpaduan yang dilakukan oleh Ulama Sunni dan Syiah di Syiria sebagai model wahdah Islam dan penyatuan antara mazhab.

No comments: