Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini...AFWAN MINKUM..

Monday, March 2, 2009

TaLEbaN MuLa MenGgaNas??




ISLAMABAD: Bandar raya Karachi boleh ditawan pejuang Taliban pada bila-bila masa ketika rangkaian pergerakan itu menular dengan pantas di Pakistan dan dilaporkan berkemungkinan bersiap sedia menyerang Karachi yang menjadi pusat industri perkapalan dan kewangan negara itu, menurut laporan yang disediakan oleh Cawangan Khas Jabatan Siasatan Jenayah. Kumpulan pejuang itu, yang sudah pun melancarkan serangan di Islamabad dan Rawalpindi, sudah pun mendirikan kubu di Karachi, menurut laporan.

Ia menyebut, pejuang Taliban mempunyai 'banyak bekalan' senjata dan peluru dan boleh melancarkan serangan, kemungkinan dalam bentuk sama seperti di Mumbai pada 26 November lalu. Polis berkata, Taliban secara bersistematik menyusup masuk ke Karachi dan mendirikan rangkaian di kawasan berbukit di pinggir bandar raya itu, kawasan setinggan dan motel kecil.

Karachi sering berdepan keganasan berunsurkan mazhab dan penduduknya sudah terlalu biasa dengan keganasan dan kematian, tetapi Taliban memberikan ancaman baru dan bahaya besar kepada ibu kota komersial Pakistan itu. Laporan menyebut, agenda pergerakan itu ialah mengambil alih Pakistan dan kini tidak mustahil dikatakan tiada satu pun bahagian di negara itu yang bebas daripada pergerakan berkenaan.

Pengaruh Taliban yang semakin meluas akan menjadi cabaran bukan saja kepada Presiden Asif Ali Zardari, tetapi juga tentera. - Agensi

sumber www.bharian.com.my

IsLamPhoBia AgEnda TeRancAng BaRat

Di dalam sebuah mesyuarat diantara menteri-menteri luar negeri dari negara-negara Islam dan barat baru-baru ini, Manouchehr Mottaki selaku Menteri Luar Iran mengatakan dengan lantang di dalam mesyuarat tersebut bahawa “Islamphobia adalah rancangan jahat barat, dan ini merupakan cabaran baru bagi semua kerana rancangan ini mengganggu keamanan antarabangsa dan keharmonian negara”.

Barat kini menggunakan alternatif media antarabangsa bagi menyebar luaskan agenda mereka yang jahat kepada masyarakat dunia. Mereka mahu Islam itu sinonim dengan keganasan dan Islam merbahaya kepada keamanan dunia.

Demi membenarkan dan menyakinkan dakwaan mereka di dalam media antarabangsa kepada masyarakat dunia bahawa Islam merupakan agama keganasan, mereka telah menunjulkan kelompok Wahabi yang mereka reka sendiri dengan mengatas namakan Islam itu sendiri. Ayatoallah Naseer Makarem Shirazi mengatakan bahawa “hari ini Islam dilayan sebegini adalah dikeranakan oleh kewujudan dan tindakan kelompok Wahabi”.

Wahabi telah menconteng arang di atas nama Islam, dan mereka telah megakibatkan masyarakat dunia berasa takut bergaul bersama-sama dengan masyarakat Islam. Melalui tindakan-tindakan mereka seperti pengeboman berani mati di Iraq, Afghanistan, Pakistan dan diserata dunia bukan sahaja menyebakan reputasi Islam musnah tetapi telah mengakibat korban nyawa mereka yang tidak berdosa. Sebagai contoh, seperti pengeboman berani mati yang dipertanggugjawabkan oleh Kumpulan Jemaah Islamiah Indonesia (JI) di bandar Bali pada yang telah mengakibatkan ribuan nyawa manusia terkorban begitu sahaja, dengan serpihan-serpihan daging berhamburan, anak-anak kecil serta para wanita juga telah dibunuh dengan kejam.

Jika kita telusuri sepanjang sejarah Islam hingga ke hari ini, hakikatnya yang kita dapati bahawa kelopok ekstrim wahabi merupakan dalang atas segala tekanan dan persepsi negatif masyarakat dunia pada hari ini terhadap Islam. Lihat sahaja tindakan yang mereka lakukan di Iraq, yang mana kelompok Wahabi yang dikenali dengan nama Kumpulan Al-Qaedah telah memenggal leher manusia yang tidak berdosa secara hidup-hidup, seperti yang dilakukan keatas Eugene Armstrong, Jack Hensley dan lain-lainnya. Mereka mengatakan itu adalah jihad, sedangkan Rasulallah mengatakan bahawa “Jangan berperang selagi pihak musuh tidak memulakan, jangan membunuh para anak kecil, para wanita, lelaki yang telah uzur.....”.
Apakah ini amar makruh nahi munkar yang dianjurkan Islam?. Ayatoallah Naseer Makarem Shirazi menambah bahawa “Wahabi tidak pernah melakukan gerakan menentang Amerika Syarikat dan Israel yang merupakan musuh utama Islam malah telah mengheret Islam dan Rasulallah S.A.W ke jalan yang hina”.

Melalui kewujudan kelompok ekstrim Wahabi ini, Islamphobia yang dirancang oleh barat telah bertambah subur di dalam diri masyarakat serata dunia. Kita lihat sahaja seperti negara Singapura, dimana jika seseorang yang berjambang dan berjanggut serta wajah seakan-akan masyarakat timur tengah, pasti akan ditahan kerana dikhuatiri adalah pengganas dan membawa masuk senjata merbahaya. Begitu juga yang berlaku di Amerika Syarikat dan sesetengah negara Eropah, dimana sebahagian rakyatnya membenci dan takut akan umat Islam, sehinggakan umat Islam dinegara mereka tidak dapat hidup dengan aman dikeranakan oleh gangguan dan ancaman masyarakat setempat.

Penyatuan diantara umat Islam itu amat penting, serta umat Islam harus kembali beramal dengan berpandukan Al-Quran dan hadis yang shahih melalui para Ahlul bait demi menghalang serangan-serangan musuh baik dari segi fizikal mahupun aqidah.

Umat Islam juga harus mengamalkan sifat berbaik-baik dengan golongan bukan Islam seperti yang di anjurkan Islam bagi mengembalikan persepsi positif masyarakat dunia terhadap Islam. Seharusnya umat Islam menjadikan perpaduan yang dilakukan oleh Ulama Sunni dan Syiah di Syiria sebagai model wahdah Islam dan penyatuan antara mazhab.

NiKmaT TeRaguNg iLLaHi

Apakah masih ada ruang bagi kebenaran bernafas kembali
Apakah masih ada waktu untuk keadilan ditegakkan
Atau semunya sudah terpenuh dgn kezaliman
Yang telah mengheret ribuan insan ke pintu jahanam
Atau semuanya telah diwarnai dengan warna kebatilan
Yang telah menutupi mata hati setiap insan

Di saat itu setiap pendamba kebenaran telah lelah dimakan usia
Ketika itu mereka yang dizalimi tiada daya melawan Sang penguasa zalim
Tetapi jauh di dalam lubuk hati mereka bersinar sebuah pengharapan
Pengharapan yang menggunung tinggi kehadrat illahi
Mengharapkan sebuah cahaya menyinari setiap sudut kegelapan
Mengharapkan satu susuk sempurna penegak keadilan
Mengharapkan kesempatan memimpin insan menuju pintu nikmat kautsar

Maha bijaksana tuhan yang telah merencana segala sesuatu
Di saat umat di ambang neraka
Dari keluarga mulia Abdul Mutallib lahirlah
Manusia mulia dan sempurna
Yang bernama terpuji Muhammad

Kewujudannya memenuhi segala pengharapan
Kewujudannya membuka lembaran baru tamadun insaniah

Retak dinding gah istana Farsi
Terpadam ribuan tahun nyalaan api sembahan majusi
Semua itu sebagai tanda awal keagungannya
Kelahiran manusia yang tidak terjangkal akal kesempurnaannya

Membawa bersama ditangan sucinya risalah ketauhidan illahi
Disampingnya turun wahyu suci kitab indah illahi

Semua kembali segar bernafas selesa di dalam udara kebenaran
Bendera-bendara keadilan berdiri megah di atas bukit-bukit kezaliman
Senyuman gembira kembali terukir di bibir-bibir para wanita tertindas
Gelak tawa para anak yatim kembali kedengaran meriuhkan suasana
Wajah ceria mula kelihatan kembali di wajah-wajah para fakir
Kerana beliau, Muhammad S.A.W telah membawa rahmat ke seluruh jagad raya

Beliaulah insan pencetus revolusi akhlak manusia
Dari dunia yang penuh kegelapan ke arah cahaya sinaran tauhid
Beliaulah yang telah meletakkan kembali cadur kehormatan wanita
Beliaulah yang telah membuka panggung suka ria anak-anak yatim

Wahai Habibullah Wahai Nabiuallah
Wahai Muhammad Al-Mustaffa
Apakah bisa ada kata-kata yang tepat untuk ku tuliskan akan kemulianmu?
Apakah ada tulisan yang tepat untuk ku lakarkan akan keagunganmu?

Tidak ya Rasullah Tidak…

Melainkan serangkap laungan
Yang telah tuhanmu katakan di dalam Al-Hadi

Tidak ku meminta upah darimu atas apa yang telah ku sampaikan melainkan kecintaan terhadap keluarga ku
sesungguhnya Allah dan seluruh para malaikat berselawat atasmu

Maka demi bulan agung..demi hari mulia ini
titipkan lah serangkap selawat keatas Rasul Junjungan Muhammad S.A.W….
!!SALAWAT!!
ALLAH HUMMA SALLI ALA MUHAMMAD WA ALI MUHAMMAD

Thursday, January 15, 2009

JoM TuNjUk PeRasAAn!!!

Assalamualaikum.

Wahai marhain Malaysia...Buktikan kita benci keganasan.. Anak-anak Palestin dizalimi..wanita-wanita Gaza meratap.

Gendang telah dipalu ! Laungan telah dimulakan.Ayuh buktikan!!!

Butiran Perhimpunan:-

Penganjur : PERSATUAN SETIAKAWAN DAN PERSAHABATAN MALAYSIA-PALESTIN DENGAN KERJASAMA PEKIDA SETIAWANGSA WILAYAH PERSEKUTUAN

Tarikh : 16 januari 2009

Tempat : Kedutaan USA

Masa : 2.00 petang (Selepas solat Jumaat)

Tempat berkumpul:Depan kompleks tabung haji

Agenda :2 pm - Kumpul (taklimat ringkas - depan Kompleks Tabung Haji)-

Berarak ke Kedutaan Amerika- penyampaian memorandum dan 1 juta tandatangan kepada Duta Amerika oleh Timbalan Pengerusi PSPMP- Ucapan ringkas oleh wakil Persatuan dan PEKIDA- Doa- Bersurai

Pakaian : Warna hitam (simbol marah dan berkabung)

Bahan lain : Setiap individu boleh membawa sepandok placard untuk menunjukkan bantahan.PENTING:Sila beri kerjasama dan ikuti arahan pihak berkuasa dan para petugas.

KorBan Di GaZA sElePas 2o HaRi

11 warga Palestin gugur syahid dalam serangan terbaru Israel ke Jalur Gaza. Sebagaimana dilaporkan Pejabat Berita AFP yang mengutip sumber-sumber di hospital Palestin, serangan udara dan darat Israel ke Beit Lahia dan Jabalia, utara Jalur Gaza menggugurkan tujuh warga Palestin, termasuk seorang perempuan dan ketiga anaknya dan mencederakan puluhan orang lainnya. Dalam serangan udara Rezim Zionis Israel ke kawasan Tel Al-Hawam kota Gaza, tiga warga Gaza gugur syahid dan puluhan warga lainnya terluka.

Dilaporkan pula, jet-jet tempur Zionis Israel pagi hari ini menyerang kota Rafah dan sejumlah kawasan lainnya di selatan Jalur Gaza. Akibat serangan udara tersebut, seorang warga Palestin gugur syahid. Angkatan Udara Zionis Israel menyerang berbagai kawasan kota Gaza dan meluncurkan bom Phosphor di timur Gaza. Tentara Zionis juga menyerang berbagai kawasan Tepi Barat Sungai Jordan dan menangkap 25 warga setempat.


Para pejuang Palestina terlibat bentrok dengan tentara Zionis di Jalur Gaza. Akibat perlawanan sengit para pejuang Palestin, sejumlah serdadu Zionis Israel terpaksa mundur dari sejumlah kawasan ini. Brigade Al-Qassam, sayap militer Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memastikan, lima tentara Zionis tewas dan sejumlah lainnya terluka. Rezim Zionis Israel, hari Khamis, juga mengakui bahwa 33 tentaranya terluka dalam serangan sengit kemarin malam dan pagi hari ini dengan para pejuang Palestin.


Berdasarkan data terbaru, korban gugur syahid mencapai 1054 warga, sedangkan korban luka melebihi 4.870 warga. Data tersebut juga menyebutkan, 335 anak dan 100 perempuan adalah di antara korban gugur syahid akibat agresi Israel ke Gaza yang sudah memasuki hari ke-20.


sumber IRIB

Thursday, January 8, 2009

RaHsia TEroWong HamAS

GAZA: Pergerakan Hamas akan menggunakan rangkaian terowong bawah tanah yang besar untuk melancarkan serangan terhadap askar Israel yang terus menyerang Gaza jika tentera Yahudi itu memasuki kawasan padat penduduk di sini. Pejuang Palestin menggunakan mortar bagi menyerang tentera rejim Zionis itu, dakwa pegawai pertahanan Israel kepada akhbar Daily Telegraph, semalam. Anggota pasukan itu dipercayai mendapat latihan di Lubnan dan Iran. Mereka bersembunyi dalam rangkaian 300 terowong yang boleh dimasuki melalui masjid, rumah komander Hamas dan bangunan awam, dakwa pegawai itu lagi.

Dalam pertempuran, Hamas menggunakan terowong untuk mengumpan tentera Israel masuk perangkap memudahkan serang hendap dilakukan untuk menawan atau membunuh mereka. Kesukaran berperang di bandar, bahaya ditembak rakan sendiri di kawasan sempit, disifatkan sebagai punca utama Israel mengumumkan tidak mahu memanjangkan operasi di Gaza. Kelebihan terowong berkenaan kepada pejuang sudah lama diketahui sejak tentera Amerika Syarikat terbabit dalam Perang Vietnam.

Hamas menggunakan terowong ketika menawan Gaza - dengan mengusir tentera Fatah daripada wilayah itu pada 2007. Terowong itu dianggap pertahanan terhadap serangan Israel. Komander Israel tidak banyak mendedahkan maklumat pertempuran di Gaza selain menghalang kemasukan wartawan ke wilayah berkenaan yang dikatakan bertujuan mengelak kesilapan yang dilakukan ketika kempen 2006 menentang pergerakan Hizbullah di Lubnan. Sebagai persediaan, rejim Zionis membina jalan raya dan bangunan berlatar belakangkan budaya Arab di kem latihannya untuk menghadapi serangan Hamas. “Kami bukan menentang tentera, tetapi banyak pertempuran berlaku membabitkan terowong termasuk serangan jarak dekat dan kami berusaha menghadapinya berperingkat,” kata pegawai kepada media Israel.

Hamas menggunakan terowong untuk menanam letupan membolehkannya memilih waktu serangan di bangunan berhampiran kedudukan tentera Israel. - Agensi

PaUs saMakaN IsrAeL dEngAn NaZi

Pejabat yang ditunjuk Paus Benedictus untuk masalah keadilan dan perdamaian, Rabu, mengeluarkan kecaman paling keras Vatikan terhadap Israel sejak krisis Timur Tengah terakhir dimulai, dengan mengatakan Jalur Gaza seperti kamp konsentrasi besar. Kardinal Renato Martino, pemimpin Dewan Vatikan untuk Keadilan dan Perdamaian, mengeluarkan komentarnya dalam wawancara yang dimuat di surat kabar online Italia Il Sussidiario.net yang kemudian dikutip Reuters.“Penduduk yang tak berdaya selalu (menjadi pihak) yang membayar. Lihatlah keadaan di Jalur Gaza, sekian lama itu (Gaza) menyerupai sebuah kamp konsentrasi yang besar,” kata Martino, yang jabatan rasminya adalah “Menteri Kehakiman” Vatikan, seperti dikutip.

Paus Benedictus telah membuat beberapa permintaan terbuka bagi diakhirinya kekerasan di Jalur Gaza, tapi ia tidak pernah secara langsung mengkritik Israel. Paus akan mengunjungi tempat-tempat suci di Jordania, Israel dan Tepi Barat Sungai Jordan, yang diduduki Israel Mei.


SurAt kePAdA kAum MusLIMiN

Dari: Muhibbin
Kepada: Kaum Muslimin seantero dunia

Salam kepada semua kaum muslimin moga kalian sentiasa diberi hidayah dan dirahmati.

Wahai kaum muslimin, bangunlah kalian dari tidur yang lena di atas tilam beralaskan hiburan dunia, sedarlah wahai kaum muslimin yang mana mengakui bahawa “tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”. Tahukah kalian bahawa ketika kalian sedang saja bermesra bersama keluarga dan sanak-saudara, terdapat keluarga di satu kawasan yang mana mereka tidak dapat bermesra dan bermanja seperti mana kalian dan bahkan mereka ada yang sudah tidak mempunyai anak, ayah atau ibu lagi. Tahukah kalian bahawa ketika kalian sedang saja menjamu selera bersama keluarga dengan hidangan yang enak dan lazat, terdapat keluarga di satu kawasan yang mana mereka tidak punya makanan satu pun untuk dijamu bersama. Tahukah kalian bahawa ketika kalian sedang saja berehat di dalam rumah yang besar dan indah, terdapat keluarga di satu kawasan yang mana mereka tidak langsung mempunyai rumah atau tempat berlindung. Tahukah kalian bahawa kini Negara mereka dan tanah air mereka sedang diceroboh, ladang-ladang tanaman mereka sedang dirompak, rumah-rumah mereka sedang dimusnahkan, anak-anak mereka sedang dibunuh dengan zalim, sekolah-sekolah mereka telah dirobohkan, bantuan ubatan telah disekat, bekalan makanan telah di halang dari sampai kepada mereka dan mereka sedang hidup dalam keadaan tersiksa dan kesusahan.


Tahukan kalian bahawa kini si kaum penceroboh dan terlaknat sedang saja melakukan gerakan perompakan dan pemusnahan yang teramat zalim dan kejam di abad ini dan bahkan yang terzalim diseluruh abad di dalam Negara kaum muslimin, mereka meratakan rumah-rumah serta ladang-ladang, mengebom sekolah dan masjid, menembak anak-anak kecil, wanita dan orang tua tanpa belas kasihan, dan membuatkan si punyai Negara dalam keadaan pelarian di negaranya sendiri. Tahukah kalian bahawa si anak haram menteri luar Israel Livne mengatakan “kami bangga kerana dapat membunuh anak-anak Palestin dan kami bangga kerana berjaya membedil Gazza” Tahukah kalian akan semua ini?.

Tempat itu bernama Palestin dan keluarga itu adalah mereka umat Islam di Palestin. Umat Islam Palestin adalah umat yang mengakui bahawa “Tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”, mempunyai AlQuran yang sama dengan kita, mempunyai kiblat yang sama dan solat seperti mana kita solat. Mereka tiada beza dengan kita, cuma kini mereka dalam keadaan kesusahan dan dizalimi sedang kita pula dalam keadaan bersenang-lenang dan aman. Apakah layak untuk kita berterusan membiarkan mereka dalam keadaan begitu selamanya atau apa yang harus kita lakukan?.

Wahai kaum muslimin sedarlah, jangan berterusan khayal dengan mainan dunia dan jangan berterusan mabok mengejar kekayaan dunia. Cuba kalian bayangkan ketika apa yang kalian miliki ini, rumah, wang, anak-anak, isteri, suami, ayah, ibu, sanak-saudara, rakan-rakan dan segala-galanya hilang dan musnah satu demi satu. Yang mana Negara kalian diceroboh, rumah kalian dirampas, anak-anak kalian dibunuh, sekolah kalian dimusnahkan, yang mana dulu kalian dapat hidup dalam keadaan aman dan kini dalam keadaan menderita. Apakah perasaan kalian ketika itu, sedangkan kaum muslimin lain yang seagama, membiarkan saja kalian dalam keadaan begitu dan tidak menolong kalian sedikit pun. Apakah perasaan kalian wahai kaum muslimin?

Wahai para pemimpin Arab yang dungu. Apakah yang kalian lakukan? Kenapa kalian tetap saja duduk diatas kerusi empuk tanpa bertindak apa-apa demi membantu kaum mislimin yang tertindas di Palestin. Apa gunanya kekayaan minyak, wang dan hasil Negara kalian tetapi kalian tidak pernah atau tidak sedikit pun menyalurkannya demi membantu pejuang Palestin yang membela Negara dan hak kaum muslimin seluruh dunia yakni Al-Quds malah yang lebih mengecewakan kalian menyalurkan semua kekayaan Negara kalian kepada musuh Islam Amerika dan Israel demi membantu mereka menyerang dan membunuh saudara seagama kalian. Apakah yang kalian fikir wahai pemimpin batu.

Wahai pemimpin Mesir, apa yang kalian sudah lakukan? Apakah kalian mahu menghidupkan kembali pemerintahan ala Firaun? Apakah kalian sudah kembali kufur atas nikmat tuhan atas kalian? Sanggup kalian berkerjasam dengan Amerika dan Israel yang merupakan musuh Islam yang nyata dan memberi laluan kepada mereka dan membuka pintu untuk menyerang Negara jiran kalian Negara seagama kalian, Negara saudara kalian. Kenapa kalian menyekat rakyat Palestin untuk mendapatkan bekalan makanan di Negara kalian hatta untuk membeli sekeping roti sedangkan rakyat Yahudi yang celaka dan terlaknat yang mana mereka merupakan penjenayah dan pengganas terbesar dunia kalian benarkan mereka keluar masuk ke Negara kalian sesuka hati tanpa sebarang sekatan. Kenapa kalian lakukan semua ini wahai pemimpin Mesir yang Munafik.

Wahai kaum Muslimin di seantero dunia, sekali lagi aku menyeru kepada kalian, bangunlah, bangkitlah, berjuanglah bantulah saudara-saudara kalian yang sedang dalam kesusuhan dan peperangan. Wahai kaum muslimin di Semenanjung Arab, di Malaysia, di Iraq, di Mesir, di Indonesia, di Singapura, di Filipina, di Thailand, di Eropah, di Afrika dan di seluruh dunia, bangkitlah, tunjukkan perasaan kalian terhadap pencerobohan di Palestin, tidakkah kalian malu bahawa kaum nasrani yang mencintai keamanan lebih pantas dan lebih dahulu menunjukkan perasaan tidak senang mereka dan kasihan mereka atas pencerobahan di Palestin seperti di Britain, German dan negara-negara Kristian lain, mereka lebih merasa berperikemanusian atas nasib rakyat Palestin yang ditindas dan di hina di Negara sendiri sedangkan mereka berlainan agama dan menyembah tuhan yang lain tetapi sifat kasihan dan tidak suka akan kezaliman telah membuat mereka bangun dan bangkit mengecam tindakan pemimpin Negara mereka. Apakah kalian tidak merasa malu, wahai kaum muslimin akan semua ini?

Apakah yang kalian takuti wahai kaum muslimin? Apakah kalian takut dengan pemimpin kalian yang dungu dan bodoh itu, apakah kalian takut dengan tentera-tentera mereka, apakah kalian takut cedera, apakah kalian takut mati syahid??? Bukankah kalian tahu bahawa mati syahid itu balasannya besar di sisi tuhan dan syurga pasti menunggu kalian dan mati syahid adalah mati terindah. Imam Hussain a.s cucu Rasuallah bersabda: “mati dengan kemulian itu lebih baik dari hidup dalam kehinaan”. Sedarlah dan bangunlah mulakan tindakan kalian sekarang ini juga.

Amaran kepada si terlaknat Syaitan Akbar Amerika dan anjingnya Israel, jangan kalian berasa bangga dengan apa yang kalian telah lakukan, dan jangan kalian berasa selesa denga kejayaan-kejayaan kalian itu, kerana ketahuilah bahawa kami Umat Muhammad dan kaum muslimin seluruh dunia tidak akan pernah duduk diam atas tindakan kalian, mungkin para pemimpin kami boleh kalian beli dengan wang tetapi kami, para pelajar didikan Muhammad SAW dan pelajar lulusan daripada Maktab Karbala tidak pernah akan terbeli dengan wang dan duit yang bersifat sementara, kami lebih suka mati di medan laga dari mati diranjang dalam keadaan terhina. Sejarah agama kami telah membuktikan bahawa kami tidak pernah takut untuk berlawan dan mati, kami adalah pewaris darah kesatriaan Muhammad SAW dan Ingatlah kami tetap akan melawan kalian bila tiba masanya.

Jahanam Jahanam Amerika
Jahanam Jahanam Zionis
Jahanam Jahanam Israel
Jahanam Jahanam Eropah
Jahanam Jahanam Munafik
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar


Yang Ikhlas
Muhibbin
Madrasah Al-Mahdi IRI

PeNgORbaNan dAn pEngHArgAaN

Ayatullah Muhammad Mahdi Al-Ulumi merupakan seorang ulama yang sangat terkenal dan terkemuka ketika zamannya. Pada suatu hari beliau telah berhajat untuk menziarahi ke makam Syed Ahmad yang merupakan salah seorang sahabat Imam Jaafar Sadiq as di Najaf Asyraf. Pada waktu itu beliau berjalan kaki menuju ke sana dan ketika dalam perjalanan beliau telah terfikir satu persoalan yang selama ini membelenggu fikirannya. “Mengapakah ketika kita melakukan amalan yang sedikit demi Imam Hussain ketika Muharram itu ganjarannya sangat besar dan sangat banyak, seperti terdapat dalam riwayat “jika kamu menyusun sebaris syair untuk Imam Hussain maka sebuah Istana disediakan untuk kamu di syurga” dan pelbagai lagi, kenapa tuhan buat begini?” Soalan ini telah bermain-main di dalam fikirannya, dalam beliau sedang asyik berfikir sambil berjalan kaki menuju ke makam Syed Ahmad, seorang lelaki datang menghampirinya dan menemankan beliau berjalan. Di dalam perjalanan tiba-tiba beliau berasa sangat dahaga, lalu dimintanya air daripada lelaki itu lalu lelaki itu berkata “Aku tidak punyai apa-apa kecuali sebotol air bekalan aku ini, ambil dan minumlah kerana kau lebih memerlukan”. Lalu beliau pun meminum air itu dan kemudian beliau pula berasa lapar yang teramat sangat lalu diminta pula makanan dari lelaki yang sama, lalu lelaki itu berkata “aku juga tidak punyai apa-apa makanan yang lazat melainkan bekalan seekor kambing ini” lalu beliau pon memakan kambing itu dan selepas selesai makan Ayatullah Muhammad Mahdi Al-Ulumi pon mengucapkan ribuan terima kasih kepada lelaki tersebut dan menjemputnya datang ke rumah.

Pada waktu yang lain, lelaki itu hadir dirumah beliau dan lelaki itu telah disambut dengan hangat sekali dan disediakan pelbagai jamuan yang enak sebagai ucapan rasa terima kasih atas pengorbanan lelaki itu kepada beliau kelmarin. Lalu lelaki itu pon berkata kepada beliau bahawa “aku baru saja mengorbankan makanan keperluan aku kepada kau kelmarin tetapi kau sudah membalas perbuatan ku dengan sangat luarbiasa dan melebihan pengorbanan yang telah ku lakukan untuk kau, dan bagaimana bisa tuhan tidak membalas pergorbanan Hussain dengan pahala yang besar dan luarbisa sedangkan beliau telah mengorbankan seluruh kamu keluarganya, sahabatnya, harta benda dan bahkan dirinya sendiri demi tuhan dan demi tegakkan agama Muhammad dan ini lebih besar ketimbang apa yang telah ku lakukan kepada mu dan sememangnya layak bagi tuhan memberi ganjaran kepada siapa sahaja yang mengingati pengorbanan Imam Hussain”.
Muhibbin
Madrasah Al-Mahdi IRI