Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini...AFWAN MINKUM..

Wednesday, July 28, 2010

JuDi oH jUDi (part 2)

Di dalam wacana kali ini, saya ingin membawa anda semua ke sebuah pembahasan yang lebih luas. Kita keluar dari kotak masalah judi sukan atau keruntuhan akhlak remaja, anak haram, masalah perompakan, dadah, pembunuhan dll yang melanda masyarakat 1Malaysia kita (pinjam istilah PM Najib heheh). Kita pergi jauh ke dalam dasar lautan masalah(bukan g cari ikan ye), untuk mencari pokok masalah dari semuanya. Kita cuba mengenali punca asli atas timbulnya semua masalah yang telah meletakkan kita dalam ketakutan.
Perhatian, fokus anda diperlukan pada kali ini, tumpukan semua perhatian anda. Ini bukan masalah sepeleh (kecil), tapi ini masalah serius. Ini bukan masalah membina stadium bola sepak baru, atau menyusun kod etika penulis blog (maaf Tun M.), tapi ini berkaitan dengan masalah membina sebuah masyarakat harmoni, masalah menyusun kod etika masyarakat ideal.
Jika anda seorang yang prihatin dengan perkembangan dalaman negara dan seorang yang mengikuti perkembangan tempatan di Berita Harian, Metro, Utusan, Berita Utama atau radio-radio, anda pasti merasai satu perubahan drastik dalam isi kandungan berita tempatan kita dewasa ini. Sedar atau tidak???.
Suara jeritan ibu-ibu yang kegelisahan melihatkan masa depan anak-anak mereka yang tidak jelas, teriakan ayah-ayah yang kebingungan dalam memastikan keselamatan anak-anak perempuan mereka dari kerakusan masyarakat binatang, wajah-wajah ketakutan orang tua yang melihat ancaman keselamatan untuk hidup bahagia disamping keluarga tercinta. Ini semua adalah impak dari kebejatan masyarakat kita hari ini yang jelas dapat kita lihat.
Judi sukan, merupakan satu dari ribuan masalah yang ada di Malaysia sekarang ini, seperti korupsi, anak haram, zina, rogol, perompakan, vandalisme, bunuh dll. Apakah kita tidak perhatikan, ketika kita cuba untuk menyelesaikan satu kes, satu lagi kes baru muncul. Sebagai contoh, kes judi sukan yang baru-baru ini sempat menggegarkan Malaysia, kes ini belum dapat diselesaikan dan masih lagi di peringkat mesyuarat pemutusan kata apakah diligelkan atau diharamkan, satu lagi kes baru timbul, iaitu masalah akhlak remaja kita, nanti kes akhlak belum berjaya di selesaikan, pasti akan ada satu kes baru lagi yang timbul (entah apa ye, mungkin kes home made video artis tempatan main kot...hehehe), dan ini pasti akan berterusan dan terus dan terus dan terus.
Sebenarnya, apakah punca yang menyebabkan semua ini terjadi?, apa disebalik kes-kes ini?, siapa yang bermain di belakang tabir? (cuba lah fikir n cari jawaban nya kejap)
Jawapannya adalah satu dan simple, kes keruntuhan akhlak remaja sekolah, kes judi, kes disko, pelacuran, pembunuhan dll, ini semua adalah kesan daripada kegagalan sistem pengaturan masyarakat yang digunapakai sekarang. Dan ini sebenarnya yang, PM Najib, para petinggi kerajaan, ahli politik, ahli fikir (bukan group musik dari Singapore 2 eh), pakar sosial, ahli pengatur masyarakat, professor-professor, guru-guru, golongan elit, sastrawan, bangsawan, mahasiswa-mahasiswa, ahli sukan, petani, buruh-buruh, bapak-bapak, ibu-ibu, anak-anak (yang dah baliqh lah yg pasti) dan semua rakyat 1Malaysia harus perhatikan dan bahaskan.
Apakah kita tidak sedar bahawa sistem pengaturan masyarakat sekarang, tidak kira sistem demokrasi ke, libralisme ke atau apa saja yang diaplikasikan sekarang ini telah gagal dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan ideal??. Apakah kita tidak sedar, bahawa ini semua berpunca dari kegagalan sistem pengaturan masyarakat??
Kita sibuk 24jam membahas kes-kes ini semua tapi kita lupa mencari pokok atau inti masalahnya. Kita ini umpama General Pak Pandir di dalam cerita bahlulnya.
General Pak Pandir mempunyai misi menyelamatkan negaranya dari dibom oleh tentera negara Mak Andir, yang mana tentera musuh menghantar jet-jet pejuang gempur dan melepaskan bom ke negara Pak Pandir. General Pak Pandir sibuk memikir bagaimana caranya untuk menghalang bom-bom itu jatuh ke daerahnya. General Pak Pandir telah membuat pelbagai kajian dan menggunakan bervariasi cara, tapi belum sempat, menghalang satu bom, bom yang lain datang dan memusnahkan daerahnya dan menghancurkan rakyatnya, dan begitu seterusnya, sehingga akhirnya negara tercintanya musnah dan hancur sehabis-habisnya. Setelah itu baru dia terfikir bahawa yang sepatutnya dia lakukan bukanlah bagaimana menghalang butiran bom itu jatuh dari kawasannya, tapi adalah bagaimana cara menghalang daripada jet-jet itu masuk ke dalam daerahnya dan melepaskan butiran-butiran bom itu. Tapi nasi sudah menjadi bubur, semuanya sudah terlambat, General Pak pandir menangis tidak berlagu kerana beliau sibuk dengan bom-bom itu sehingga lupa dengan masalah inti, yaitu jet-jet pejuang tempur.
Apakah kita mahu menerima nasib yang sama dengan General Pak Pandir?? Jangan buang waktu kita dengan membahas kes-kes ini, jangan bazirkan tenaga dan kepakaran kita dalam mencari solusi akan masalah-masalah ini, tapi tumpukan semua kemahiran kita, akal kita dan fokuskan seluruh kemampuan kita untuk merubah sebuah pemikiran dan sistem pengaturan masyarakat yang baru.
Kes judi sukan adalah kesan dari kegagalan sistem masyarakat dunia yang dipelopori barat. Sistem yang harus kita fikirkan, bukan kes judi sukan. Kita harus memikirkan sebuah sistem baru yang dapat membangun sebuah masyarakat yang lebih harmonis. Kita harus melihat semua sistem yang ada, mengkaji dan belajar dari kelemahan yang ada dan perbaiki, lantas menyusun sebuah sistem baru.
Dari mana harus diambil??, itu harus kita fikirkan bersama, apakah dari Islam, dari barat atau dari mana.
Insyallah dipembahasan yang mendatang, kita akan kupaskan bersama.
Wasalam
Farazdaq Fargas

1 comment:

Anonymous said...

Xsabar nak tunggu next blog sbb nak tgk perbahasan yg bakal menjadi menarik itu.:P

p/s:- home made yg dikatakan tu..bukan dah ade ke? heee~

-tersedak bila ckp 'guru2'..hehe