Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini...AFWAN MINKUM..

Saturday, July 31, 2010

PeNanTian iMAm ZamAN dR peRsePSi AyaTUllAh mAkaRIm ShERazi


Ayatullah Makarim Sherazi di dalam pidatonya di depan rakyat umum di perkarangan Razavi dekat Haram Imam Redha, Masyhad menyentuh pembahasan penantian Imam Zaman sempena dengan Hari Nisfu Sya'ban (hari kelahiran putra Al-Imam Hassan Askari) kemarin.

Beliau mengatakan, "Tidak dapat dikatakan seseorang itu sedang menunggu Al-Imam Zaman ajf jika hidupnya, pasangannya, rumahnya, pasarnya (masyarakat) masih lagi dalam keadaan kucar-kacir dan harbata (berantakan)".

Menurut beliau, adalah dusta sebuah penantian tanpa persiapan, seperti mana ketika rumah kita dalam keadaan ingin menerima tetamu, apakah kita akan membiarkan rumah kita dalam keadaan kotor tanpa mempersiapkan apa-apa pon keperluan dalam menyambut tetamu. Dan apatah lagi dalam penantian seorang tetamu yang paling mulia dan penting. Sepatutunya persiapan harus lebih luarbiasa dalam menanti ketibaannya.

Beliau menambah bahawa wujud konspirasi-konspirasi terancang dan penapulasian berniat jahat dalam pemabahasan Mahdawiyat (Penantian Sang Juru Selamat). Beliau turut menengaskan bahawa "tidak sedikit personel-personel yang demi kepentingan material dan naudzubillah kepuasan nafsu, memutarbelitkan pembahasan dan memanfaatkan persoalan mahdawiyah, dengan merosakkan kepercayaan-kepercayaan bersih masyarakat terhadap Al-Imam Zaman ajf dengan melakukan penipuan-penipuan. Diantara mereka berani membuat pengakuan bertemu dengan Imam Zaman, bermimpi dengan Imam Zaman dan mendapat ilham dan perintah secara direct (langsung) dari Imam Zaman, dan ada yang sampai ke tahap mengaku dirinya adalah Imam Zaman. Beliau juga turut mengingatkan bahawa terdapat perancangan jahat musuh-musuh Islam di dalam hal ini.

Ayatullah Al-Udzma Makarim Sherazi, di penghujung ceramahnya turut menganjurkan wahdah islamiah (persatuan antara muslimin) dan pentingkan persatuan dan kebersamaan dalam tubuh umat Islam. Jika musuh-musuh Islam berjaya menzahirkan persatuan di depan kita, apatah lagi kita sebagai umat Islam harus menjadikan iman sebagai titik persatuan yang kukuh.

Di akhir kalamnya, "Akal dan analisa kita mengatakan, hari ini bukan hari perpecahan, kerana perpecahan adalah racun yang mematikan dan kita mengharap agar Allah sentiasa menyatukan hati-hati kita".


www.abna.ir

No comments: