Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini...AFWAN MINKUM..

Thursday, January 8, 2009

PeNgORbaNan dAn pEngHArgAaN

Ayatullah Muhammad Mahdi Al-Ulumi merupakan seorang ulama yang sangat terkenal dan terkemuka ketika zamannya. Pada suatu hari beliau telah berhajat untuk menziarahi ke makam Syed Ahmad yang merupakan salah seorang sahabat Imam Jaafar Sadiq as di Najaf Asyraf. Pada waktu itu beliau berjalan kaki menuju ke sana dan ketika dalam perjalanan beliau telah terfikir satu persoalan yang selama ini membelenggu fikirannya. “Mengapakah ketika kita melakukan amalan yang sedikit demi Imam Hussain ketika Muharram itu ganjarannya sangat besar dan sangat banyak, seperti terdapat dalam riwayat “jika kamu menyusun sebaris syair untuk Imam Hussain maka sebuah Istana disediakan untuk kamu di syurga” dan pelbagai lagi, kenapa tuhan buat begini?” Soalan ini telah bermain-main di dalam fikirannya, dalam beliau sedang asyik berfikir sambil berjalan kaki menuju ke makam Syed Ahmad, seorang lelaki datang menghampirinya dan menemankan beliau berjalan. Di dalam perjalanan tiba-tiba beliau berasa sangat dahaga, lalu dimintanya air daripada lelaki itu lalu lelaki itu berkata “Aku tidak punyai apa-apa kecuali sebotol air bekalan aku ini, ambil dan minumlah kerana kau lebih memerlukan”. Lalu beliau pun meminum air itu dan kemudian beliau pula berasa lapar yang teramat sangat lalu diminta pula makanan dari lelaki yang sama, lalu lelaki itu berkata “aku juga tidak punyai apa-apa makanan yang lazat melainkan bekalan seekor kambing ini” lalu beliau pon memakan kambing itu dan selepas selesai makan Ayatullah Muhammad Mahdi Al-Ulumi pon mengucapkan ribuan terima kasih kepada lelaki tersebut dan menjemputnya datang ke rumah.

Pada waktu yang lain, lelaki itu hadir dirumah beliau dan lelaki itu telah disambut dengan hangat sekali dan disediakan pelbagai jamuan yang enak sebagai ucapan rasa terima kasih atas pengorbanan lelaki itu kepada beliau kelmarin. Lalu lelaki itu pon berkata kepada beliau bahawa “aku baru saja mengorbankan makanan keperluan aku kepada kau kelmarin tetapi kau sudah membalas perbuatan ku dengan sangat luarbiasa dan melebihan pengorbanan yang telah ku lakukan untuk kau, dan bagaimana bisa tuhan tidak membalas pergorbanan Hussain dengan pahala yang besar dan luarbisa sedangkan beliau telah mengorbankan seluruh kamu keluarganya, sahabatnya, harta benda dan bahkan dirinya sendiri demi tuhan dan demi tegakkan agama Muhammad dan ini lebih besar ketimbang apa yang telah ku lakukan kepada mu dan sememangnya layak bagi tuhan memberi ganjaran kepada siapa sahaja yang mengingati pengorbanan Imam Hussain”.
Muhibbin
Madrasah Al-Mahdi IRI

No comments: