Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini...AFWAN MINKUM..

Thursday, December 18, 2008

PerSonALiTi wiRa KaUm TerTINdaS




Video Penuh Kasut Terbang...


Siapakah Muntazer al-Zaidi ?



Muntazer menjadi terkenal secara segera apabila beliau membaling kasut kepada George W. Bush Presiden Amerika ialah wartawan bebas Station TV Iraq Al Baghdadia yang berpengkalan di Mesir.


Walaupun balingan beliau tidak mencapai sasaran, tindakan Muntazer itu mendapat perhatian dunia. Abang beliau Durgham menurut Zaid telah ditahan oeh askar-askar Amerika pada awal tahun dan beliau sendiri telah diculik pada November 2007 dan di tahan selam seminggu oeh orang yang tidak dikenali.


Tindakan membaling kasut telah menyebabkan beliau dipanggil sebagai pahlawan (hero) oleh Ketua Shiah Moqtada al-Sadr dan Badan Sunni pula melabelnya sebagai "icon" kepada penentangan kependudukan asing.


Bagaimanapun kerajaan Baghdad melabelkan tindakan wartawan itu sebagai memalukan dan menuntut kemaafan daripada station Al-Baghdadia. Zaid sekarang ini masih ditahan oleh pihak berkuasa Iraq.


Bagi ketua Zaid di Kaherah, Muzhir al-Khafaji menganggap beliau sebagai " Seorang Arab yang dibanggakan dan seorang yang berfikiran terbuka" yang telah bekerja dengan station itu selama tiga tahun.


Yasin Majeed sebagai penasihat media kepada Perdana Menteri Iraq berkata, Muntazer akan dibicarakan berhubung dengan dakwaan memalukan negara Iraq. Bekas peguam Saddam Hussein, Khai al-Dulaimi berkata, beliau akan membentuk pasukan untuk membela Muntazer.
Setakat ini lebih 200 orang peguam Iraq dan termasuk daripada Amerika memberitahu yang mereka sanggup melakukan pembelaan terhadap Muntazer secara percuma.


Dalam budaya Arab, perbuatan menunjukkan kasut kepada sesaorang dianggap sebagai suatu penghinaan dan tindakan membaling kasut adala sesuatu yang lebih buruk. Kata-kata Muntazer, "ini ciuman perpisahan untuk kamu anjing.. inilah hadiah daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq', jerit Muntazer dalam bahasa Arab ketika membaling kasutnya ke arah Bush.

Tetapi bagi masyarakat seluruh dunia yang tertindas terutamanya di Iraq di Lubnan dan di Palestin beliau merupakan seorang wira yang menterjemahankan rasa kebencian kaum tertindas secara langsung kepada "BAPA PENINDAS" Bush laknatuallah.

Moga allah sentiasa melindungi orang seperti beliau dan akan terlahir lagi lebih ramai orang yang berani seperti beliau.

No comments: