Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini...AFWAN MINKUM..

Sunday, August 1, 2010

iSReaL hAnCUr 2048???????


Betul ke Rejim Israel akan hancur dalam masa 38tahun lagi?? Siapa yang meramal ni?? Kalau betul, siapa yang akan hancurkan Israel?? Kuasa Allah ke yang kalahkan?? (mungkin burung Ababil bawak batu dari jahanam jugak kot). Apakah dunia akan aman lepas 2048 dengan hancurnya Israel??

Semua persoalan di atas menjadi tanda tanya di dalam lubuk hati kita, apatah lagi setelah melihat trailer filem 2048, yang di produksi oleh Perfileman Rejim Laknat Israel itu sendiri. Filem ini dijangka ditanyangkan September ini, di semua sinema-sinema Palestine. Filem ini juga berdurasi 50minit dan mempunyai 2 episod.


Film ini dikatakan dibuat oleh seorang pemuda Israel. Beliau memanfaatkan rakaman handycam abangnya yang merekod pelbagai tragedi dan peristiwa pada 2008.


Filem 2048 yang bakal menggegarkan masyarakat dunia ini, mengisahkan kondisi penduduk Zionis Israel, yang kegelisahan dan menanti untuk pulang kembali ke negara asal mereka masing-masing. Dan pada masa itu, Rejim Israel akan hancur, dan ketika itulah warga Palestine dapat kembali ke tanah air mereka dan menghirup udara segar kebebasan.


Di dalam salah-satu babak filem ini, menceritakan bahawa terdapat sebuah muzium pendokumentasian warisan Zionis di Berlin, Jerman yang mana ketika itu tidak ada siapa pon yang peduli dengan warisan itu kerana masyarakat dunia menggangap bahawa Zionis adalah sebuah ideologi yang gagal dan musnah di telan zaman.




No comments: