Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini...AFWAN MINKUM..

Sunday, August 15, 2010

NaNtikAN fiLEM "LaNGit seLAtAN"

(tapak lakonan filem "Langit Selatan")


(pengarah filem Jamal Shurje bersama crewnya)



(salah seorang pelakon filem "Langit Selatan)


(pelakon askar-askar Israel)






Filem "Langit Selatan" (جنوب آسماني) yang menceritakan perang 33 hari di Lubnan garapan ‎Pengarah Iran, Jamal Shurje telah dimulai pengambilan gambarnya di Lubnan.


IRNA dari Beirut melaporkan, Filem "Langit Selatan" yang pembuatannya dikelola ‎oleh produser Mahdi Homayunfar dengan team 50 orang, sedang ‎dimulai pengambilan gambarnya. Pengambilan gambar filem ini juga dihadiri Duta ‎Besar Republik Islam Iran di Lubnan Ghadanfar Rokne-Abadi dan Wakil menteri ‎budaya Iran bidang perfileman, Javad Shamaghdari.‎

Shooting pertama filem ini berlokasi di desa Burj Al-Rahal dengan pelakon dari ‎Lubnan, Mesir, Syria dan Iran. Filem ini digarap berdasarkan kisah benar ‎perang 33 hari antara Israel dan Lubnan. Jalan cerita filem difokuskan pada ‎kegagalan Israel menguasai desa Ita al-Sha'ab di perbatasan Lebanon selatan. ‎

Filem pesanan Yayasan Perfileman Farabi ini digarap bersama antara Iran dan ‎Lubnan. Lokasi filem mulai dari bangunan dan bilik adalah sisa-sisa keganasan ‎Israel pada perang 33 hari. Dengan bukti kongkret sebagai lokasi syutingnya ‎diharapkan filem ini mampu menceritakan secara nyata peristiwa yang terjadi.

sama-sama nantikan filem hebat ini dan yang pasti message yang ingin disampaikan pasti berhikmah.

berita irna

Wednesday, August 11, 2010

HeBat MemAng Hebat MeKkAH SekARanG???








Abraj Albait Ini merupakan menara jam tertinggi dan terbesar di dunia dan sekaligus menjadi bangunan ke-2 tertinggi di dunia yang selepas bangunan Burj Khalifa di Dubai (823 meter). Menara yang dengan ketinggian 600 meter ini dan luas seluruh bangunan mencapai 1.5 juta meter persegi, memiliki jarum jam 5 kali lebih besar dari jarum jam di menara Big Ben London. Bangunan mega ini yang di design oleh jurutera dari Jerman dan Swiss (mana pergi jurutera Islam woi) bernilai 800 juta USD (wowww kaya betul). Seluruh sisi rekanya diliputi 98 juta keping kaca jubin dan bangunan ini mengadap ke Kaabah.

Di dalamnya terdapat 7 buah komplek hotel berkelas mewah yang bernilai 3 juta USD (siapa lah yg duduk kat situ nanti) dan mengandungi 3000 bilik yang menghadap ke Kaabah, shopping complex mega 4 lantai (ni nak beribadah ke nak shoping woi), dan terdapat musium Islam dan observatorium astronomi untuk tujuan kajian ilmiah dan upacara agama.

Dengan deskripsi-deskripsi di atas akan kemegahan struktur dan pembinaan menara Abraj Albait ini, jadi anda sendirilah yang menilai apakah Raja Arab Saudi (pelayan umat Islam kononya) perlu mendanai pembinaan seperti ini??? yang mana di dalam masa yang sama umat Islam masih ditindas dan memerlukan pembelaan dan bantuan dari segala sisi??? Siapa yang akan memanfaatkan hotel mewah dan shopping complex mega itu nanti?? (yang pasti umat Islam majotirinya miskin) dan yang lebih penting pihak mana yang mendapat untung paling banyak dengan pembinaan bangunan ini???

Ini semua perlu dipersoalkan dan dijawab...(lu fikir lah sendiri ye....)

sumber bhariann mymetro

ReLaX2: HitAm & pUTiH


Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala kambing biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...habis tu yang hitam tu siapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....
Pemuda : Arghhh... tensionyaaa..


hahahahahahahahahahaahhaha!!!!!!!!!!!!








dipetik dari lawak bakistani

Tuesday, August 10, 2010

AhLAn wAsaHLAn yA rAmaDHaN


Saya mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Barakah Ramadhan" kepada family, saudara-mara dan semua teman-teman yang mengenali saya khususnya dan kepada seluruh kaum muslimin umunya. Semoga Ramadhan kali ini dapat mentarbiah kita menjadi hamba yang lebih beriman dan berakhlak Insyallah..Illahi Amin
(farazdaq fargas)
Ini ada beberapa hadis dari Ahlulbait (keluarga) Rasul, moga bermanfaat...



قال الله تبارك و تعالى

یا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

(Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kalian puasa seperti mana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian, agar kalian bertakwa) "surah baqarah 108"



رسول الله ص

أیُّهَاالنّاس إنَّه قَد أقبَل إلَیکُم شَهر الله بِالبَرکَةِ والرَّحمَةِ والمَغفِرة، شَهرٌ هُو عِندالله أفضَل الشُّهُور و أیّامُه أفضَل الأیّام و لَیالِیهِ أفضَلُ اللَّیالِی و سَاعَاتُه أفضَلُ السّاعَات

(Wahai manusia, telah didatangkan atas kalian, bulan Allah (Ramadhan), bulan yang barakah, rahmat dan bulan makfirah,bulan yang mana disisi Allah paling afdhal, hari-harinya adalah hari yang paling afdhal, malam-malamnya adalah malam yang paling afdhal dan waktu-waktunya adalah waktu yang paling afdhal)



امیرالمومنین علیه السلام

صومُ النَّفسِ عَن لَذَّاتِ الدُّنیا أنفَعُ الصِّیام

(berpuasa menahan hawa nafsu dari kelazatan dunia lebih bermanfaat dari berpuasa menahan perut)



الامام حسن عسکری علیه السلام

لَیسَتِ العِبادَةُ کَثرَةَ الصیّامِ وَ الصَّلوةِ وَ انَّما العِبادَةُ کَثرَةُ التَّفَکُّر فی أمر اللهِ.

(erti beribadah yang sebenar bukanlah sekadar puasa dan solat yang banyak, tapi hakikat ibadah adalah banyak bertafakur di dalam setiap perintah illahi)


حضرت فاطمه زهراء

ما يَصنَعُ الصائمُ بِصِيامِهِ إذا لَم يَصُنْ لِسانَهُ وسَمعَهُ وبَصَرَهُ وجوارِحَهُ

(Jika berpuasa, tetapi tidak menjaga telinga dan matanya, maka apakah bermakna puasanya itu?)


kumpulan hadis-hadis Ahlulbait as seputar bulan Ramadhan

Monday, August 9, 2010

BiLa TuN. MaHathiR bErbiCarA aGaMA!!!


"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, antara punca umat Islam lemah pada masa ini ialah kerana mereka tidak menjalankan ibadah untuk mencari ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi".



Petikan ini dikutip dari bharian.com.my dalam beritanya yang berjudul "Tun Mahathir saran umat Islam kuasai ilmu sains, teknologi". Ucapan beliau, ada tepat dan benarnya dalam mengungkap punca masalah kelemahan umat Islam sekarang ini. (akhir2 ni banyak cite pasal agama, bagus plak Tun. M ni)


Walaupon di dalam ucapannya terdapat beberapa hal yang perlu di ishkal (dipersoalkan) tapi secara umum saya setuju dengan ucapannya, terutama dengan ayat beliau yang di atas.



Sememangnya, kita salah dalam mengerti dan memahami banyak hal. Kita selalu memisahkan agama dan ilmu teknologi. Kita membatasi agama hanya dengan hal-hal zikir, solat, puasa dan ibadah-ibadah lain. Dan kita menggarisi ilmu-ilmu teknologi (sains, komputer, kedoktoran dll) luar dan terpisah dari agama itu sendiri. Ini merupakan kotak berfikir yang khilaf (salah).


Agama adalah universal dan luas, agama bukan seperti beberapa tafsiran masyarakat yang mengatakan hanya terbatas pada mengurusi hal-hal orang lahir dan orang mati. Tetapi agama adalah berkaitan dengan matematik, fizik, politik, sosial, ketenteraan, ibadah, perniagaan dll.


Agama berkaitan dengan semua keperluan manusia. Apa yang manusia perlukan dan butuhkan, maka itulah agama. Manusia perlukan makanan, agama membahas tentang makanan, manusia perlukan wang, agama membahas tentang perniagaan, manusia juga perlukan pasangan dan keluarga, agama juga berbicara tentang jodoh dan keluarga. Manusia perlukan tahta, agama juga berbicara tentang politik, manusia perlukan difaq (pertahanan), agama juga membahas ilmu ketenteraan dan pertahanan. Agama merangkumi semua segi ilmu yang ada dan apa yang diperlukan manusia. Semuanya ada di bawah satu payung besar bernama agama.


Perlu kita ketahui, agama merupakan sebuah motivater dalam kita mencari ilmu. Ilmu disini bukanlah terbatas kepada ilmu fiqih, aqidah, tafsir dll tapi semua ilmu yang ada dan yang diperlukan.



Kita bayangkan agama itu adalah sebagai seorang raja (virtual) yang mana kita adalah rakyat dan pelindungnya. Dna kita hidup bawah negara raja agama itu tadi. Maka sebagai rakyat, apa saja ilmu yang diperlukan dalam membangun sebuah negara (virtual) yang makmur dan maju, kita wajib memilikinya dan menguasainya. Negara perlukan ilmu pertanian, kita wajib menguasai ilmu pertanian, negara perlukan ilmu politik, kita wajib memiliki ilmu politik, negara perlukan ilmu komputer, kita perlukan ilmu komputer, negara perlukan ketenteraan, kita wajib belajar ilmu ketenteraan dan pertahanan.


Dan semua ilmu itu, tidak mungkin akan dapat dikuasai oleh satu orang, maka ia akan kembali kepada kesukaan seseorang atau potensi yang dia ada dalam satu-satu bidang ilmu. Tetapi semuanya mempunyai tujuan yang satu, yaitu untuk membangun negara dan berkhidmat pada raja (agama).



Nah, ketika ini sampai terjadi, kita akan berjaya membangun sebuah negara yang kuat dan maju, negara yang luas tanpa batasan dan teritori. Kita akan bersatu atas satu titik persatuan yang jitu dan utuh yaitu raja (agama). Tidak kira kita dimana, apa pun bangsa kita, apapun suku, kita semua di dalam satu negara dan taat kepada satu raja.


Dengan itu, demi negara dan raja kita (agama), kuasailah semua ilmu yang ada, ilmu tafsir, ilmu fiqih, ilmu komputer, ilmu sains dan ilmu tekonologi bergantung atas potensi dan minat kita dalam bidang apa, dan kita curahkan ilmu itu demi membangun dan memakmurkan negara dan kita berkhdimat dengan raja yang hakiki.



wasalam



farazdaq fargas