Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini...AFWAN MINKUM..

Wednesday, August 11, 2010

HeBat MemAng Hebat MeKkAH SekARanG???








Abraj Albait Ini merupakan menara jam tertinggi dan terbesar di dunia dan sekaligus menjadi bangunan ke-2 tertinggi di dunia yang selepas bangunan Burj Khalifa di Dubai (823 meter). Menara yang dengan ketinggian 600 meter ini dan luas seluruh bangunan mencapai 1.5 juta meter persegi, memiliki jarum jam 5 kali lebih besar dari jarum jam di menara Big Ben London. Bangunan mega ini yang di design oleh jurutera dari Jerman dan Swiss (mana pergi jurutera Islam woi) bernilai 800 juta USD (wowww kaya betul). Seluruh sisi rekanya diliputi 98 juta keping kaca jubin dan bangunan ini mengadap ke Kaabah.

Di dalamnya terdapat 7 buah komplek hotel berkelas mewah yang bernilai 3 juta USD (siapa lah yg duduk kat situ nanti) dan mengandungi 3000 bilik yang menghadap ke Kaabah, shopping complex mega 4 lantai (ni nak beribadah ke nak shoping woi), dan terdapat musium Islam dan observatorium astronomi untuk tujuan kajian ilmiah dan upacara agama.

Dengan deskripsi-deskripsi di atas akan kemegahan struktur dan pembinaan menara Abraj Albait ini, jadi anda sendirilah yang menilai apakah Raja Arab Saudi (pelayan umat Islam kononya) perlu mendanai pembinaan seperti ini??? yang mana di dalam masa yang sama umat Islam masih ditindas dan memerlukan pembelaan dan bantuan dari segala sisi??? Siapa yang akan memanfaatkan hotel mewah dan shopping complex mega itu nanti?? (yang pasti umat Islam majotirinya miskin) dan yang lebih penting pihak mana yang mendapat untung paling banyak dengan pembinaan bangunan ini???

Ini semua perlu dipersoalkan dan dijawab...(lu fikir lah sendiri ye....)

sumber bhariann mymetro

No comments: