Baru-baru ini, terdapat beberapa badan NGO dan individu yang bersuara melontarkan pandangan mereka supaya pusat-pusat hiburan di Malaysia ditutup pada bulan barakah Ramadhan yang akan datang (sebenarnya kena ditutup terus bukan bulan Ramadhan je). Walaupun secara pribadi, saya tidak setuju dengan penutupan pusat-pusat hiburan pada bulan Ramadhan sahaja, tapi apakan daya kerana ramai orang-orang BESAR yang terlibat dalam bisnes ini. Jadi tidak mungkin mereka akan menyokong pengharamkan lisen pusat hiburan selagi poket-poket mereka terpenuh dari hasil bisnes maksiat ini.Salah seorang wartawan tempatan telah menanyakan dan meminta ulasan terkait pandangan penutupan pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan dari bekas Ketua Polis Negara Mohammed Hanif Omar dan ulasannya seperti dibawah.
"Menyentuh cadangan beberapa pihak supaya pusat hiburan ditutup sempena bulan Ramadan, Mohammed Hanif, yang juga Timbalan Pengerusi Genting Berhad, berkata cadangan itu tidak munasabah memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan tindakan berkenaan tidak adil kepada masyarakat bukan Islam.
"Bagaimanapun, adalah munasabah bagi pusat hiburan menghalang umat Islam daripada berkunjung ke pusat hiburan sempena bulan Ramadan sewaktu umat Islam diwajibkan berpuasa," katanya. - BERNAMA"
(klik sini)
"Bagaimanapun, adalah munasabah bagi pusat hiburan menghalang umat Islam daripada berkunjung ke pusat hiburan sempena bulan Ramadan sewaktu umat Islam diwajibkan berpuasa," katanya. - BERNAMA"
(klik sini)
Jawapannya memang telah diduga dan alasannya pun telah dijangka. Memanglah beliau akan memberi jawapan negatif, kerana bisnes pusat hiburan memberikan profit mega kepada pendapatan tahunan syarikat Genting Berhad yang mencecah jutaan ringgit pada setiap tahun. (hatta sebulan tutup boleh bankrupt 2 nanti..hahaah)
Disini bukan tempat membahas keuntungan Genting Berhad atau mengfokuskan pembahasan atas pusat-pusat hiburan di bawah Genting Berhad, tapi disini kita akan membahaskan alasan yang diberikan oleh Bekas Ketua Polis Negara ini yang telah naik pangkat menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Genting Berhad dalam ulasannya kenapa penutupan pusat-pusat hiburan pada bulan Ramadhan tidak munasabah (memang xmunasab pon yang munasabahnya tutup terus selama-lamanya).
"memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan tindakan berkenaan tidak adil kepada masyarakat bukan Islam"
"memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan tindakan berkenaan tidak adil kepada masyarakat bukan Islam"
Ini merupakan alasan lapuk. Alasan yang digunakan untuk melepasi tuntutan agama.
Jangan jadi kepelbagaian kaum sebagai alasan untuk membenarkan maksiat. Cari alasan lain, cari alasan yang lebih kukuh, alasan yang lebih fleksibel dan moden.
Tiada kaum manapun yang inginkan disko dibukak jika didalamnya terdapat pelacuran, ectacy, khamar (arak) dan mafia. Tiada satu kaum pun yang mau jika disko adalah tempat yang merosakkan anak-anak muda mereka dan menghancurkan masa depan bangsa mereka. Jadi, kepelbagaian kaum bukan alasan. Malah mereka akan terasa dizalimi jika disko tetap dibenarkan yang terzalim adalah mereka yang kaki disko, kaki joli dan kaki mabuk, orang-orang yang tiada masa depan dan tiada pegangan agama (tak kira agama pe pon nasrani ke yahudi ke budhha ke atau hindu sekali pon).
wasalam
farazdaq fargas







