Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini...AFWAN MINKUM..

Saturday, August 7, 2010

JoM kE diSko bULan RaMadAn Ni....

Baru-baru ini, terdapat beberapa badan NGO dan individu yang bersuara melontarkan pandangan mereka supaya pusat-pusat hiburan di Malaysia ditutup pada bulan barakah Ramadhan yang akan datang (sebenarnya kena ditutup terus bukan bulan Ramadhan je). Walaupun secara pribadi, saya tidak setuju dengan penutupan pusat-pusat hiburan pada bulan Ramadhan sahaja, tapi apakan daya kerana ramai orang-orang BESAR yang terlibat dalam bisnes ini. Jadi tidak mungkin mereka akan menyokong pengharamkan lisen pusat hiburan selagi poket-poket mereka terpenuh dari hasil bisnes maksiat ini.

Salah seorang wartawan tempatan telah menanyakan dan meminta ulasan terkait pandangan penutupan pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan dari bekas Ketua Polis Negara Mohammed Hanif Omar dan ulasannya seperti dibawah.

"Menyentuh cadangan beberapa pihak supaya pusat hiburan ditutup sempena bulan Ramadan, Mohammed Hanif, yang juga Timbalan Pengerusi Genting Berhad, berkata cadangan itu tidak munasabah memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan tindakan berkenaan tidak adil kepada masyarakat bukan Islam.
"Bagaimanapun, adalah munasabah bagi pusat hiburan menghalang umat Islam daripada berkunjung ke pusat hiburan sempena bulan Ramadan sewaktu umat Islam diwajibkan berpuasa," katanya. - BERNAMA"

(klik sini)


Jawapannya memang telah diduga dan alasannya pun telah dijangka. Memanglah beliau akan memberi jawapan negatif, kerana bisnes pusat hiburan memberikan profit mega kepada pendapatan tahunan syarikat Genting Berhad yang mencecah jutaan ringgit pada setiap tahun. (hatta sebulan tutup boleh bankrupt 2 nanti..hahaah)

Disini bukan tempat membahas keuntungan Genting Berhad atau mengfokuskan pembahasan atas pusat-pusat hiburan di bawah Genting Berhad, tapi disini kita akan membahaskan alasan yang diberikan oleh Bekas Ketua Polis Negara ini yang telah naik pangkat menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Genting Berhad dalam ulasannya kenapa penutupan pusat-pusat hiburan pada bulan Ramadhan tidak munasabah (memang xmunasab pon yang munasabahnya tutup terus selama-lamanya).

"memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan tindakan berkenaan tidak adil kepada masyarakat bukan Islam"

Ini merupakan alasan lapuk. Alasan yang digunakan untuk melepasi tuntutan agama.
Jangan jadi kepelbagaian kaum sebagai alasan untuk membenarkan maksiat. Cari alasan lain, cari alasan yang lebih kukuh, alasan yang lebih fleksibel dan moden.

Tiada kaum manapun yang inginkan disko dibukak jika didalamnya terdapat pelacuran, ectacy, khamar (arak) dan mafia. Tiada satu kaum pun yang mau jika disko adalah tempat yang merosakkan anak-anak muda mereka dan menghancurkan masa depan bangsa mereka. Jadi, kepelbagaian kaum bukan alasan. Malah mereka akan terasa dizalimi jika disko tetap dibenarkan yang terzalim adalah mereka yang kaki disko, kaki joli dan kaki mabuk, orang-orang yang tiada masa depan dan tiada pegangan agama (tak kira agama pe pon nasrani ke yahudi ke budhha ke atau hindu sekali pon).

wasalam

farazdaq fargas

2 comments:

Anonymous said...

obviously one of our country's income comes from entertainment. Then, there is no wonder if our country will be having big trouble if all kinds of exciting places are to be closed. We may not have any other choices but it depends on oneself to be responsible of their own believe, faith as well as religion that they embrace:)

Farazdaq Fargas said...

lilylimelite: that's rite, but kita harus bezakan antara larangan agama dan larangan akal waras manusia itu sendiri. Negara kita bukan negara Islam, so kita tidak boleh melarang sesuautu atas dasar hukum Islam, cuma apa yang boleh kita katakan dan kita bandingkan adalah apakah sesebuah perkara itu baik atau buruk menurut akal waras manusia. Apakah negatifnya lebih dominan dari positif atau sebaliknya. Itu yang boleh kita lakukan. Kembali dalam masalah disko, kalau ditanya pada seluruh rakyat malaysia dan seluruh penduduk muka bumi pasti jawapannya adalah negatif kerana disko merusakkan potensi yang ada dalam diri pemuda yang seharusnya di gunakan untuk bangsa negara dan agama..tapi jika mereka khayal dan mabuk dengan hiburan, segala potensinya akan sia-sia dan ini merugikan...atas dasar negatif inilah agama melarang..kerana Allah tidak akan menjatuhkan sesuatu hukum itu melainkan asli perbuatan itu adalah buruk dan negatif. Apakah kita lebih mementingkan duit dan income dari masa depan pemuda??? apakah kita sanggup gadaikan potesi pemuda dan rakyat kita demi mengaut profit sekangkang kera dari entertaiment???

kita fikir2kan lah mana yang lebih berharga???