Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini...AFWAN MINKUM..

Wednesday, August 4, 2010

Xde KeRja kE Nak g TeBanG PoKoK!!! ISRAEL Oiii


Kalau di lihat dari sumber berita barat (af, bbc, cnn dll), berita terkait serangan Israel-Lubnan 180 darjah bertolak belakang dengan berita-berita yang disampaikan oleh sumber berita Iran dan Lubnan itu sendiri (irib, moqavemat, alalam dll). Jika berita-berita Iran dan Lubnan mengatakan Israel mencari gara-gara memulakan serangan dengan melepaskan peluru berpandu ke wilayah Lubnan, berita-berita barat pula mengklaim bahawa pihak tentera Lubnan yang memulakan serangan ke arah tentera Israel yang sedang menebang pokok di sepanjang pembatasan Israel-Lubnan. (kalau x percaya lihat di bharian, utusan, bbc dll)


Nah, sekarang timbul persoalan, kenapa harus tebang pokok disitu? apa di Israel pokok hanya ada di perbatasan saja? Kalau ya, kenapa tentera yang harus menebangnya? Tentera Israel dah kurang pekerjaan ke? (mai sini aku kasik hang kejeq ya). Apa kene mengenai mau tebang pokok dan bawa peluru berpandu lalu menyerang ke tengah wilayah Lubnan?.

Menurut sumber-sumber yang terpecaya (irib), mengatakan bahawa Israel dengan bantuan sekutunya US, memang merancang propaganda untuk mengalih perhatian masyarakat internasional mengenai serangan keatas kapal bantuan kemanusian Marvari kemarin. Melihat kutukan hebat dari masyarakat umum dan kebencian yang meningkat terhadap rejim hina Israel, maka dengan itu, mereka perlu bertindak sebelum kebencian bertambah parah dan cuba memulihkan namanya di mata dunia.


Sebab itu kalau kita lihat, laporan berita-berita barat cuba memplubikasikan Israel mazlum (dizalimi) dengan mengatakan Israel diserang dulu dalam waktu mereka mahu menebang pokok (nampak macam kerja murni lah heheh) dan tidak berniat untuk melakukan serangan ke Lubnan dan hanya melakukan serangan balas dan mempertahankan diri.

Yang lebih ajib (aneh), PBB mengeluarkan penyataan bahawa Israel dan Lubnan hanya perlu mempertahankan diri dan tidak cuba menyerang balas dan mewujudkan peperangan yang lebih hebat. Nah, kenapa si PBB tidak mengeluarkan arahan dan tekanan keatas Israel dan menyuruhnya memberhentikan serangan serta-merta. Sedangkan Israel yang memulakan serangan dulu. Terlihat jelas, bahawa US telah memperalatkan PBB dalam melindungi anjingnya Israel dan cuba membela serangan yang dilakukan rejim Israel itu. US cuba menggunakan PBB untuk meligelkan tindakannya Israel. Sekarang mafhum (jelas), bahawa PBB hanya boneka yang di kawal Amerika dalam menjaga kepentingan-kepetingan mereka demi merealisasikan slogan mereka "World New Order".

Ahmedinejad di dalam salah satu ucapannya baru-baru ini terkait serangan Israel ke atas Lubnan mengatakan bahawa rejim Israel sedang kebingungan dalam menghadapi tekanan masyarakat dunia dan cuba mewujukan konflik di kawasan dan sekaligus menunjukkan kepada dunia bahawa mereka (Israel) kuat dan keberadaannya di kawasan perlu di akui, maka jika anda melawan, balasannya adalah ini (perang). Tapi mereka salah, serangan ini bukan akan membuktikan apa-apa malah akan menunjulkan wajah sebenar Israel yang bengis dan lemah.

Masyarakat dunia harus sedar, kita sedang diperbodohkan mereka (adidaya dunia), kita sedang dipermainkan dan diperalatkan mereka. Kita harus bangkit mengecam dan menolak tindakan dan segala bentuk program yang mereka rancang dalam menguasai dunia dan mengubah sistem mereka serta melemahkan kuasa mereka di mana pun. Kita ubah dunia ini dari one man show kepada all man show.



wasalam


farazdaq fargas

No comments: