Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini...AFWAN MINKUM..

Tuesday, December 16, 2008

hAdiAh SepAsAng kASUt unTUk BusH daRi rAkyAt IraQ

Seorang wartawan televisyen di Iraq, Muntadar al-Zeidi ditahan selepas dia melemparkan dua kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush dalam satu sidang akhbar di Baghdad kelmarin.

“Ini merupakan satu ciuman ucap selamat tinggal untuk anda, anjing,” jerit wartawan itu ketika dia melemparkan salah satu kasut ke arah Bush. Bush yang sedang mendengar jeritan itu mengelak dan tunduk di podium menyebabkan kasut tersebut terkena dinding di belakangnya. Ketika Bush yang terkejut dengan insiden tersebut mula kembali tenang, wartawan itu melemparkan satu lagi kasut bersaiz 10 dan menjerit: “Ini adalah daripada balu-balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq.” BUSH mula sedia untuk tunduk ketika kasut dilemparkan ke arahnya. Bush sekali lagi mengelak menyebabkan kasut itu hampir mengenai bahagian kanan kepalanya ketika Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki cuba melindungi Presiden AS dengan tangan kanannya. Kasut itu turut mengenai dinding di belakang kedua-dua pemimpin.

Anggota-anggota perkhidmatan rahsia dan ejen keselamatan Iraq mengerumuni wartawan itu yang bertugas untuk stesen televisyen Al-Baghdadia beribu pejabat di Kaherah, Mesir. Mereka bergelut dengan wartawan itu dan mengheretnya keluar dari bilik sidang akhbar ketika dia menyerang serta menjerit.

Melemparkan kasut ke arah seseorang merupakan satu budaya Arab bagi menunjukkan penghinaan. Tindakan wartawan itu mendapat pujian daripada sebuah akhbar di Timur Tengah manakala ribuan penduduk Iraq berhimpun di jalan raya menuntut pembebasannya.

“Melempar kasut ke arah Bush merupakan ciuman perpisahan terbaik. Ia menyuarakan bagaimana penduduk Arab membenci Bush,” kata editor akhbar Al-Gahd Arabic di Jordan, Musa Barhoumeh.
Tindakan wartawan itu juga dianggap sebagai hero oleh akhbar-akhbar Arab.

No comments: