Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini...AFWAN MINKUM..

Thursday, December 4, 2008

SyaHadAh ImAM JaAfaR sAdiQ a.s

Pada tarikh 17 November merupakan cuti khas untuk semua warga Iran kerana hari itu merupakan hari Syahadah Imam Jaafar Sadiq a.s iaitu imam ke-6 selepas Imam Muhammad Al-Baqir a.s. Seperti biasa sama seperti di Malaysia majlis peringatan syahadah dilakukan pada malam syahadah. Tetapi terdapat perbezaan antara Iran dan Malaysia iaitu tempat. Di Malaysia kita tidak punyai banyak pilihan tempat atau Hussainiyah tetapi di Iran terlalu banyak sehingga aku pening dan bingung mahu kemana. Ramai mengajak ku ke sini, ke sana, ke situ sehingga pada sangat-sangat akhir majlis mahu bermula pun aku masih tidak tahu mahu ke mana. Akhirnya ajakkan Sayyed Ubaidillah berjaya mempengaruhi mindaku iaitu memperingati syahadah Imam Jaafar a.s di namozkhoneh (masjid) di asramanya. Katanya yang dijangkakan datang hampir 300 orang dan ada makanan disedia (itu yang pengaruh besar). Jadi aku pun bersama-samanya menuju ke asrama beliau. Sampai sahaja di sana, rupanya indah khabar dari rupa. Tidak terdapat ramai orang pun yang hadir yang ada hanya pelajar-pelajar dari asramanya sahaja, pelajar-pelajar luar tidak ada, tetapi tidak mengapa aku berfikir bahawa meramaikan majlis ini lebih afdal dan baik dari meramaikan majlis yang sudah sedia ramai.

Pada keesokan pagi harinya pula, aku bersama-sama pelajar-pelajar Al-Mahdi telah berarak dari madrasah menuju ke Haram sambil seorang pelajar melantunkan syair khusus buat Imam Jaafar Sadiq a.s. Ketika kami tiba di Safoye (nama tempat dekat dengan Haram) rupanya bukan kami sahaja yang berarak tetapi terdapat puluhan kumpulan lain juga turut berarak dan kami semua telah bertemu dan menjadi satu kempulan yang besar dan berkumpul di lorong Hussainiyat Ayatollah Lankari. Disitu muncul seorang penyair dengan speaker yang besar dan kami semua berarak mengikutinya menuju ke Haram. Jalan raya menuju ke Haram telah ditutup untuk laluan kereta, disitu terdapat lautan manusia sambil mereka ada yang membawa bendera besar menulis kalimah-kalimah Islam ada juga yang bermatam dan ada juga yang menangis tidak henti-henti. Suasana memang sangat luarbiasa, ini merupakan suasana yang menakjubkan buat aku dan pengalaman yang berharga. Kata teman aku dari Indonesia bahawa nanti ketika Muharram akan lebih hebat dan sepuluh kali ganda manusia di Haram dari ini. Di dalam fikiran aku tidak dapat bayangkan keadaannya tetapi aku tidak sabar menunggu ketibaan Muharram yang sudah hampir dekat dan yang pasti aku akan sambut Muharram ketika musim Sejuk.

Ketika tiba di Haram keadaan agak sesak dan penuh dengan manusia. Selepas solat Zuhur berjemaah aku pun beredar dan pergi ke Pasar Iraq untuk membeli keperluan harian.

Wassalam

Muhibbin
25 November 2008
Madrasah Al-Mahdi IRI

No comments: