Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini...AFWAN MINKUM..

Thursday, December 4, 2008

MaDrAsaH aL-mAhDi ajf

Pada malam itu aku hanya tidur lebih kurang 4jam sahaja kerana hati aku tersangat gembira dan teruja, mana tidaknya, setelah 2minggu lebih aku terkandas di Mehmonsaro (asrama sementara), kawan-kawan yang masuk bersama aku sudah berpindah ke madrasah dan ada pelajar-pelajar yang datang lambat juga telah berpindah ke madrasah, hanya tinggal aku seorang disitu dengan bertemankan mas’ul (penjaga asrama) dan beberapa pelajar baru dari Azabaijan dan Pakistan.

Pada tepat jam 8.30 pagi, nama aku telah dijerit oleh mas’ul Ali dari tingkah atas yang menyuruh aku bersiap kerana servis (kereta dari madrasah) sudah sampai. Jadi aku pon mengambil beg sandang dan bagasi aku yang sudah dari semalam disiapkan dan dikemas untuk berpindah ke madrasah. Pada waktu itu aku pergi bersama-sama pelajar dari Pakistan iaitu Gholam Abaz dan pelajar dari Ruanda iaitu Yousoff. Di dalam perjalanan aku hanya mampu berselawat sambil berdoa di dalam hati agar di permudahkan segala urusan ku nanti bila tiba di madrasah. Semasa di dalam perjalanan pemandu servis itu merupakan orang yang sama yang mengambil aku ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini, beliau Javed mengatakan padaku bahawa moga-moga jika bertemu lagi selepas ini anda sudah fasih berbahasa farsi dan bolehlah kita duduk bersembang nanti Insyallah, lalu aku pon mengatakan insyallah moga doa anda dimakbulkan.

Setelah hampir 10 minit perjalanan, akhirnya aku tiba di hadapan pintu gerbangnya Madrasah Al-Mahdi yang tersergam indah dengan seni halus ukiran khat farsi menghiasi pintunya. Kaki kanan ku melangkah masuk diiringi selawat di hati. Aku telah disambut oleh Ogho Daiyoni dimana beliau menguruskan urusan aku disana. Aku menunggu hampir 30minit disitu dan akhirnya pelajar-pelajar Malaysia yang baru habis kelas datang menemui ku. Selepas solat zuhur aku telah berjumpa dengan Ogho Sanjari untuk dibacakan akan undang-undang madrasah kepada kami bertiga. Tetapi sayangnya pelajar-pelajar Malaysia tidak dapat menjadi penterjemah bahasa kerana mempunyai kelas, mujurlah bahasa Malaysia itu ada persamaan dengan bahasa Indonesia, jadi datanglah Abadi pelajar Indonesia yang menjadi penterjemah. Yang lucunya disitu, Ogho Sanjari menerangkan dalam bahasa farsi, Abadi menterjemah dalam bahasa melayu dan aku pulak menterjemahkan dalam bahsa inggeris kepada pelajar-pelajar Pakistan dan Ruanda itu.

Lebih kurang jam 3petang pula kami berjumpa pula Ogho Kabiri untuk mendapatkan kamar tidur, aku telah mendapat kamar nombor 23. Semasa dalam perjalanan ke kamar aku berharap kamar aku itu indah, kemas dan wangi. Tetapi alangkah terkejutnya aku apabila pintu dibuka, kamar yang aku akan tidur itu berlaku sebaliknya dan bagai sarang tikus, sangat berkecah dengan bau yang kurang menyenang. Aku telah mendapat rakan sekamar dengan pelajar dari Hindustan iaitu Sayyed Kamal, Abas dari Nigeria dan Ullu dari Azabaijan. Aku mengadu kepada Ogho Kabiri agar dipindahkan ke bilik lain tetapi beliau mengatakan bilik semua penuh dan menunggu bilik yang sedang dalam pembinaan siap lebih kurang 3minggu lain.

Pada mulanya aku bagaikan tiada mood untuk tidur dan masuk ke bilik itu, tetapi setelah aku fikir-fikirkan bahawa hidup ini tidak akan ada yang sempurna dan sentiasa senang seperti yang diimpikan dan aku berfikir bahawa mengapa aku harus keluar seharusnya aku mesti mengubah bilik ini dan menyesuaikan diri dengan keadaan ini, dan ini merupakan latihan untuk ku dalam menghadapi ujian yang bakal mendatang dan harus pandai menyesuaikan diri. Setelah lebih 2minggu aku mendiami bilik itu, yang mana aku telah bersihkan dan kemaskan, aku dapati bahawa ada yang lebih penting yang aku harus pandang dari kebersihannya iaitu rakan sebilik, rakan sebilik aku sangat baik. Mereka membantuku belajar bahasa farsi dan mereka sangat peramah. Kami sering lakukan perbualan ilmiah dan juga saling tolong menolong. Ini sangat bagus dan aku sebenarnya sudah jatuh cinta dengan bilik bernombor 23 ini.Tetapi pada 8 November aku telah ditukarkan ke bilik baru kerana permintaan aku pada awalnya tadi. Pada mulanya aku sangat berat untuk tinggalkan bilik lama ku tetapi setelah aku berfikir bahawa aku perlukan almari untuk menyimpan barangan aku seperti laptop dan lain-lain dan itu semuanya ada di bilik baru dengan ruangannya yang agak besar sedikit. Jadi aku pun berpindah dibilik baru yang bernombor 33. Dibilik baru ini pula lain ceritanya, aku telah mendapat rakan sebilik dari Rusia iaitu Shaikhar, Algeria (sahabat lamaku) Abdul Ghani, Brasil iaitu Ismail, Abdul Majid dari Madagaskar, Malikh Ashtar dari Turki dan Ali dari Hindustan. Mereka ini dari segi kebersihan memang mantap dan sangat peramah. Jadi tidak rugi aku berpindah ke bilik baru, mereka juga sangat baik terutamanya Shaikhar dan Ismail.

Aku tetap berharap agar keadaan kekal begini agar aku dapat fokuskan pada pelajar dan jika ada pun ujian dan keadaan yang tidak aku suka mudah-mudahan Allah member ku kekuatan dan kesabaran dalam melaluinya.
Wassalam
Muhibbin
15 November 2008
Madrasah Al-Mahdi IRI

No comments: